Tuesday, June 30, 2009

IPTB: P&P DALAM BAHASA MELAYU:LAKONAN MEMANTAPKAN KEBERKESANAN P&P



IPTB- merupakan salah sebuah maktab perguruan yang mengendalikan program P&P Bahasa melayu bagi sekolah rendah.Dalam kursus selama 2 hari satu malam bertempat di PSPN negeri Tasek Gelugor, pensyarah IPTB telah mengenengahkan P&P yang menekankan aliran baru iaitu drama dan lakonan dalam mengendalikan subjek.

Ianya boleh dilaksanakan dengan berbagai bentuk, iaitu lakonan,novel,cerita rakyat, puisi dan digabungkan dengan kebolehan murid untuk melakukannya di dalam kelas.Selain itu, ianya juga menekankan kepada penggunaaan ICT dalam P&P dan ini membolehkan murid menjadi lebih berminat dan memahami apa yang akan di lakukan.

RMT:GURU BERTUGAS HARI INI.CIK PUAN NORLIZA


RMT merupakan satu dari program yang di perkenalkan oleh Kementeri Pelajaran dan di berikan kepada murid-murid yang memerlukannya.Minggu ini jadual bertyugas seperti biasa, dan guru bertugas mengendalikan RMT ialah Cik Puan Norliza Busu yang sibuk sejak awal-awal lagi mengemaskinikan rekod kehadiran murid untuk RMT.

Thursday, June 25, 2009

JANGAN RASA TERANCAM

Jangan rasa terancam jika kakitangan bawahan kritik - TPM

25/06/2009 5:28pm

IPOH 25 Jun – Semua ketua jabatan kerajaan tidak perlu merasakan kedudukan mereka terancam sekiranya diberi kritikan, pandangan dan pendapat oleh pegawai baru atau kakitangan bawahan ketika menjalankan tugas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, segala pandangan itu perlu diterima dengan hati terbuka kerana ia dapat memajukan jabatan dan mempertingkatkan perkhidmatan masing-masing. - Utusan

Monday, June 22, 2009

BERTUGAS TANPA MENGIRA TEMPAT



SK MENGKUANG- Bertugas tanpa mengira tempat .Itu lah tugas jururawat pergigian dimana ianya bukan sahaja bertugas di klinik-klinik kesihatan,hospital atau dimana sahaja, malah di sekolah juga mereka berbakti.

2 Jururawat sedang bertugas di klinik Sekolah Kebangsaan Mengkuang, dimana mereka akan berkampung di sekolah selama 2 bulan bagi membantu usaha murni kerajaan untuk memberikan khidmat pergigian percuma kepada murid-murid sekolah seluruh Malaysia.Terima kasih MILAH...............(KATA-KATA ALLAHYARHAM DATO SUDIRMAN ARSYAD DALAM LAGUNYA)

SK MENGKUANG TERIMA KEHADIRAN GURU PELATIH IPTB


SK Mengkuang,Bukit Mertajam- Kehadiran guru pelatih SK Mengkuang cawangan IPTB bersebelahan dengan sekolah kebangsaan mengkuang disambut ceria warga pendidik kerana ianya memberi satu tenaga baru kepada murid-murid dan guru-guru.

Kehadiran mereka diharapkan dapat menerapkan sesuatu yang baru kepada anak didik SKM dan juga membawa sesuatu yang baru kepada SKM sendiri, baik dari segi teknik mengajar,sikap,dan juga kerajinan selain dari apa yang diharapkan ialah membawa warga pendidik teknik yang baru dari segi P&P dan juga penuh dedikasi dan tidakmemilih bidang perguruan kerana tidak mempunyai pilihan.Semoga mereka ini bukan tergolong dari yang bersikap demikian.

Sunday, June 21, 2009

LDP KALI KE 4 SK MENGKUANG-PEMBELAJARAN BERKESAN








SK MENGKUANG-LDK kali yang ke 4 telah berjaya di jalankan di SkMengkuang pada hari Sabtu 20 Hb baru-baru ini dengan jayanya.Ianya di laksanakan oleh guru-guru dengan jemputan khas pegawai PPD tengah sebagai pemerhati dan jga semua guru telah hadir.

Majlis yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 3 petang itu berjaya mewujudkan suasana gembira buat guru-guru kerana ianya selain dari memantapkan lagi P&P dalam kelas , ianya juga menaikkan lagi semangat para guru untuk bukan sahaja menjadi guru yang berkesan malahan untuk memahami guru bagaimana menarik murid ke arah masa P&P tersebut.

Friday, June 19, 2009

PERJUMPAAN WARIS DAN GURU-GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN MENGKUANG



Majlis penyampaian hadiah dan juga gambar sebhagian murid-murid mendengar ceramah motovasi






Ibubapa datang untuk mendengar dan seterusnya mengambil buku rekod pencapaian anak-anak dan anak didik guru.




SK MENGKUANG- 19 JUN ,Satu program perjumpaan antara waris dan dan Guru-guru Sekolah Kebangsan Mengkuang telah berjalan dimana majlis ceramah dan program motivasi antara Ibu bapa dan juga murid-murid tahun 5 dan 6 dijalankan.

Ramai ibubapa telah hadir bagi mendengar motivasi dimana ianya memberi panduan kepada ibu bapa berhubung dengan bagaimana melihat dan mengambbil berat mengenai pendididkan anak-anak dirumah.

Ianya turut dihadiri oleh pegawai dari PERDA sebagai satu sumbangan kepada sekolah dimana pihak PERDA memberi sumbangan sebanyak RM 2800 kepada pihak sekolah bagi menjayakan program dan juga sumbangan bagi menjayakan beberapa program lagi yang berkaitan dengan program jayawaris untuk murid sekolah kebangsaan mengkuang.

Ianya di rasmikan oleh En Rozaimi Timbalan Pengarah PERDA.Tahniah kepada para waris yang menghadiri program ini dan semoga ianya berjaya meningkatkan lagi prestasi untukmasa akan datang.

PEPERIKSAAN MUTIARA PINTAR BAGI MURID TAHUN 4 BERJALAN DENGAN LANCAR




SK MENGKUANG-Program Mutiara PINTAR yang berjalan baru-baru ini telah berjaya memberikan peluang kepada murid tahun 4 seramai 10 orang dimana ianya adalah usahasama anatar UKM dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wednesday, June 17, 2009

MURID SK MENGKUANG MENDUDUKI UJIAN PERMATA PINTAR UKM






BUKIT MERTAJAM.Murid-murid Sekolah Kebangsaan Mengkuang hari ini telah menduduki ujian PERMATA PINTAR UKM yang di berikan sebagai satu percubaan bagi menguji kepintaran murid dalam menyelesaikan masalah melalui pembelajaran online.

Ujian yang di jalankan di pusat akses sekolah itu, diduduki seramai 10 murid tahun 3 dan akan diikuti murid tahun 4 dan tahun 5 pada hari yang berikutnya.Walau pun ujian ini nampak ada baiknya , namun capaian kepada soalan agak perlahan dan seramai 10 murid yang mendudukinya 3 sahaja yang berjaya menjawab hingga ke akhir akibat dari kesukaran capaian atau terhenti di tengah jalan.Namun syabas kepada 3 murid yang berjaya menghantar terus ke pusat ujian tersebut.

Monday, June 15, 2009

3 PEMAIN SK MENGKUANG WAKILI NEGERI DI KEJOHANAN BOLASEPAK MSSM BAWAH 12 TAHUN.


Dari kiri Adik Mohd Nik Zaim Syafiq Bin Nik Roslan, Adik Mohd Solihin Bin Norizan dan Adik Mohd Amirul B Muhammad bergambar bersama Pk KOKO dari kiri En Azahari dan En Anuar Abd Majid.

SK Mengkuang- Kejohanan Bolasepak MSSM yang berlangsung di Kelantan baru-baru ini dari 5 hingga 9 Jun 2009 telah mencatat nama Sk Mengkuang dimana 3 pemain sekolah yang telah terpilih bagi mewakili negeri Pulau Pinang telah membawa kejayaan apabila Pulau Pinang telah muncul juara bawah 12 tahun dalam kejohanan bolasepak kebangsaan di Kelantan.

Kejayaan ini di kongsi bersama apabila 3 pemain Sekolah Kebangsaan Mengkuang telah terpilih ke peringkat negeri bagi mewakili negeri dan berkemungkinan mewakili Malaysia dalam kejohanan yang akan datang.

Kejayaan ini di kongsi bersama oleh jurulatih sekolah iaitu cikgu Mohd Ridwan bin Toran yang mana usaha beliau selama ini yang bertungkus lumus bagi memastikan adanya pelapis yang mewakili sekolah dalam setiap kejohanan di peringkat sekolah.

4 WIRA SEKOLAH KEBANGSAAN MENGKUANG MEMENANGI KEJOHANAN TEA KWAN DO

Skuad Tea Kwan Do bergambar bersama Pk KOKO dan juga guru penasihat.Dari kiri Pn Zuwati,En Anuar dan En Azahari bersama Skuad Tea Kwan Do SK Mengkuang.





SK MENGKUANG-16 Jun- Kejayaan skuad Tea Kwan Do Sk Mengkuang dalam kejohaanan Tea Kwan Do Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di SMK Chung Ling Butterwoth pada 31 Mei lalu menjadi langkah pertama mengejar buruan emas di masa akan datang.

Kejohanan yang berlangsung selama sehari itu menampilkan berbagai kategori dimana skuad Sekolah Kebangsaan Mengkuang telah menjadi naib johan dalam kejohanan sparing dimana adik Luqman Hakim Bin Mazlan memenangi naib johan dalam kategori sparing.


Manakala 3 lagi pemenang mendapat tempat ketiga dalam kategori sparing bagi berat badan yang berlainan.Mereka ialah adik Amirul Syafiq Bin Mohd Nasir,adik Nor Erisya Bt Nor Azlan(Kategori perempuan) dan Adik Mohd Azrul Bin Sobri



Kejayaan ini menjadi pendorong dan membakar semangat murid-murid lain untuk mencuba dalam kejohanan yang akan datang bagi buruan emas untuk menaikkaan nama sekolah.Kejayaan ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini , ada kategori yang di menangi dan ini mendorong para pelapis untuk menyertai kejohanan.

Murid menjalani latihan pada setiap hari selasa di bawah Mr Raja yang datang mengajar di sekolah.Seramai 25 murid sedang menjalani latihan intensif dan ini adalah wira bagi Sekolah Kebangsaan Mengkuang.

Monday, June 1, 2009

CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA

Cuti persekolahan telah bermula, namun guru-guru masih juga ke sekolah kerana ianya adalah tugas yang perlu dilaksanakan.Ada berbagai program untuk murid tahun 6 khasnya dan guru yang perlu di pertanggungjawabkan.