Monday, June 15, 2009

3 PEMAIN SK MENGKUANG WAKILI NEGERI DI KEJOHANAN BOLASEPAK MSSM BAWAH 12 TAHUN.


Dari kiri Adik Mohd Nik Zaim Syafiq Bin Nik Roslan, Adik Mohd Solihin Bin Norizan dan Adik Mohd Amirul B Muhammad bergambar bersama Pk KOKO dari kiri En Azahari dan En Anuar Abd Majid.

SK Mengkuang- Kejohanan Bolasepak MSSM yang berlangsung di Kelantan baru-baru ini dari 5 hingga 9 Jun 2009 telah mencatat nama Sk Mengkuang dimana 3 pemain sekolah yang telah terpilih bagi mewakili negeri Pulau Pinang telah membawa kejayaan apabila Pulau Pinang telah muncul juara bawah 12 tahun dalam kejohanan bolasepak kebangsaan di Kelantan.

Kejayaan ini di kongsi bersama apabila 3 pemain Sekolah Kebangsaan Mengkuang telah terpilih ke peringkat negeri bagi mewakili negeri dan berkemungkinan mewakili Malaysia dalam kejohanan yang akan datang.

Kejayaan ini di kongsi bersama oleh jurulatih sekolah iaitu cikgu Mohd Ridwan bin Toran yang mana usaha beliau selama ini yang bertungkus lumus bagi memastikan adanya pelapis yang mewakili sekolah dalam setiap kejohanan di peringkat sekolah.

No comments:

Post a Comment