Tuesday, October 20, 2009

HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH















BUKIT MERTAJAM 21 OKTOBER 2009-Sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah telah di adakan sebagai satu acara tahunan yang mana ianya diadakan sebagai satu tujuan khas untuk meraikan kanak-kanak agar mereka menghargai bahawa diri mereka itu berharga dan sebagai generasi yang akan datang yang mana mungkin dalam kelompok ini akan ada bakat-bakat besar,pemimpin,anggota masayarakat yang dapat memberikan sumbangan dan jasa kepada ugama,bangsa dan negera.

Selepas aktiviti bersukan, murid-murid kemudiannya berehat di kantin kerana setiap murid diberikan sebungkus nasi lemak oleh pengusaha kantin Pak Din.Ianya sebagai satu penghargaan terhadap kanak-kanak kerana mereka punya nilai yang amat berharga kepada negara,ibubapa,masyarakat dan modal insan yang punya berbagai ragam dan tingkahlaku ini harus di gilap dan dihargai.

Murid-murid kemudiannya mengadakan persembahan.banyak kumpulan yang diberikan,malah guru-guru bebas membiarkan kanak-kanak ini memilih nama kumpulan nasyid masing-masing dan mereka bertanya kepada guru-guru yang fasih berbahasa arab.Maka lahirlah kumpulan nasyid Al munawarah,al-hidayah,al-jannah,al hidayah aqsa, dan lain-lain lagi di berbagai peringkat kelas dan juga umur masing-masing.


CIKGU MD NOOR DI USIK "PEMINAT" FANATIK KETIKA MEMETIK LAGU SOLO MAN KIDAL.


Mewakili kaum guru melakukan persembahan ialah petikan gitar solo dari Cikgu Mohd Noor Yassin, bekas pemain gitar utama sebuah kumpulan muzik di Pulau Pinang.Beliau tampil dengan lagu solo Man Kidal dengan petikan gitarnya yang berharga Rm3000 lebih yang dibelinya beberapa tahun lalu.Murid terhibur kerana ianya satu persembahan dari guru untuk murid-murid.Satu pernghargaan kepada kanak-kanak.

LAGI GAMBAR-GAMBAR AKAN MENYUSUL KEMUDIAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI KANAK-KANAK

0/21/2009 8:34:04 AMKanak-kanak mati didera ibu sendiri

Sunday, October 18, 2009

KUMPULAN NASYID GIAT BERLATIH UNTUK SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK



(KIRI) Kumpulan Nasyid Al Munawarah (KANAN) Kumpulan Nasyid Al-Muslimah


Bersempena dengan sambutan hari kanak-kanak sedunia.Sekolah Kebangsaan Mengkuang tidak terlepas mengadakan sambutan hari kanak-kanak untuk di sambut , 2 kumpulan nasyid dikalangan murid-murid sekolah sedang berlatih untuk menyambut hari kanak-kanak dan menghiburkan rakan-rakan mereka.


SELAMAT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

ANUGERAH KENAIKAN PANGKAT LANS KOPERAL DARI MAJOR ZAITON YAHYA

updates Monday 19.October 2009




BUKIT MERTAJAM 19 OKT .Seramai 9 pelajar Sekolah Kebangsaan Mengkuang telah menerima kenaikan pangkat Lans Koperal dalam pasukan kadet remaja sekolah diatas komitmen,disiplin,kerajinan dan kesungguhan mereka dalampasukan kadet remaja sekolah. Ini berikutan dalam satu perkhemahan yang dianjurkan di dalam program RIMUP-RANCANAGN INTERGRASI MURID UNTUK PERPADUAN yang diadakan di sekolah kebangsaan guar perahu baru-baru ini.Komitment pelajar-pelajar ini berjaya meningkatkan dan menaikkan nama Sekolah Kebangsaan Mengkuang dalam aktiviti KoKurikulum

Murid-murid yang menerima watikah dan juga kenaikan pangkat ini berjanji akan melipatgandakan lagi usaha mereka untuk tahun mendatang agar ianya menjadi teladan kepada murid-murid yang lain serta ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah yang lain.

Majlis penyampaian sijil watikah lantikan telah di sempurnakan di perhimpunan pagi sekolah hari ini oleh Guru Besar yang juga Major Zaiton Yahya.

Tuesday, October 13, 2009

GELAGAT DAN SUASANA HARI KANTIN SEKOLAH



Majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah...(kiri) YDP En Razak dan (kanan) Guru Besar Pn Zaiton


awat anak keriau.......mamak mail dok layan kanak-kanak...En Ismail guru lama di sekolah ini.




Pertandingan mewarna mendapat tempat dikalangan kanak-kanak bawah 6 tahun.......



Penerangan mengenai kesihatan, H1N1, dan juga denggi..............


Panggung wayang berjalan lancar............


Taukeh rojak ......hai kira untung ke.....



suasana memebeli belah.................



Hadiah cabutan bertuah agak lumayan......banyak hadiah...


Mak oiii...bihun sup punya pukulan...mak mertua lalu pun tak sedar.....

Hai cikgu Farah....pening kepala ka???kolam ikan dah habih, kena order la pulak






Murid-murid memang seronok memancing.Kolam ikan menjadi tumpuan,Tauke ikan mana????cik Jah kita la.Khabarnya Ustazah dapat ikan talapia dari tasek mengkuang 2 kilo.....dah jadi lauk gamaknya...............tak sempat nak rasa...






Ha..ha...DJ akan menyampaikan maklumat dan pembantu DJ Sdr Faurani dengan lagu-lagu evergreen.......always somewhere. Kanan sedang melakukan pemilihan ...cabutan ke....


Keta bomba........................budak-budak kita tak kisah pun......



Sudut pameran agensi kerajaan



Setem juga dijual.Setem di bekalkan oleh salah seorang waris.Kebanyak kannya setem dari Australia dan New Zealand......sahaja yang di jual.




Kak ani.....awat yang dok kalut.......nak belanja ka????kanan kak Rafiah juga tersenyum simpul....Jual apa niii....




Syurga kanak-kanak...permainan belon ini amat di gemari...ramai...




Kuda ada yang meninggal seekor ..kerana dalamperjalanan ke sekolah berlaku kemalangan..lalu di ganti keesokkannya...




Kiri..baju bundle pun ada...kanan Cik Aznira kita senyum........



Cik Mastura juga tak dilupakan...sebelah tu..Pn Rafidah..dok tengok apa tuuuuu




aik peace pulak....minuman....ni.....kanan Pn Rafidah dok tengok apa tah.....



He..he..tauke jagong.......kanan pramugari yang nak jual jagong



(kiri) Jual ayer kanan kepala perang nak ketuk kepala...............




(Kiri) Tauke rojak kanan iklan hari kantin..malah masuk dalam sinar lagi

Orang ramai dan kanan pemilihan pancing..mana yang bertuah dapat ikan besar...



Dalam ni ada kaka kita ustazah Norzita,pn Ezlimaton,dan juga Pn Mahani....(kanan) GB Pn Zaiton menyampaikan hadiah..bang Mail kita dok pegang hadiah.....