Sunday, August 30, 2009

COUNTDOWN- PEPERIKSAAN

UPSR - 9 hari lagi
PMR - 38 hari lagi
SPM - 51 hari lagi
STPM - 80 hari lAGI

Wednesday, August 26, 2009

H1NI-

Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.
jangka hayat virus

oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja . jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

apa yg perlu tahu

asal virus ini

sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico .

virologi virus H1N1


incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4 H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.


cara serangan


virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi


Siapa yang berisiko:-
1 orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2 perempuan yg mengandung
3 orang yg ada astmatic
4 orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas
Simptom2

day 1 = rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 = selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 = rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 = sakit dada yg teruk.........jumpa doktor dngan segera.......
day 5 and above = lung collapse @ koma

Langkah2 kawalan
1. golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2. menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
3. elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'.

4. jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan).
5. jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask).

6. utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat
.7. jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.
8. jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9. tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10. vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11. utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.


Amin. ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'sia di pan pasific klia pada 01.08.2009.

Tuesday, August 18, 2009

VAKSIN DI TEMUI SYARIKAT CHINA

BEIJING, Aug 19 — A Chinese pharmaceutical company has becomethe first in the world to produce a safe and effective vaccine for the H1N1 virus, according to its developer.

Studies showed the inoculation made by Beijing-based Sinovac Biotech met “international criteria for vaccines” and caused no severe adverse reactions in any of the 1,614 volunteers who received it, Sinovac said in an e-mail statement yesterday.

Researchers from China’s Centre for Disease Control and Prevention and the National Institute for the Control of Pharmaceutical and Biological Products conducted and supervised the test in Beijing.

“Trials show that the first dose of vaccine triggers an immune response in the human body, good enough to protect against the A/H1N1 virus strain,” Sinovac general manager Yin Weidong said.

But Sinovac did not give details about the efficacy of differing doses or vaccination methods used.

The results are the first reported anywhere in the world on a vaccine to fight the new H1N1 strain that has sparked the first influenza pandemic in 41 years, said Sinovac, which was formed in 2001 to make immunisations for hepatitis.

It is compiling data on the flu shot as soon as possible before seeking regulatory approval for it in China.

Sanofi-Aventis, GlaxoSmithKline and other vaccine makers are racing to prepare inoculations against the pandemic virus before the Northern Hemisphere winter.

Ten Chinese pharmaceutical companies have joined the global race to produce an effective vaccine, and more than 13,300 volunteers throughout China — including Health Minister Chen Zhu — are taking part in clinical trials.

“The reported results of the Sinovac trial of H1N1 vaccine hinting at good efficacy after a single inoculation are encouraging,” said Lorena Brown, professor of microbiology and immunology at the University of Melbourne.

“These will be of particular interest when the data are analysed in terms of age group, vaccine dose, vaccine form and the requirement for adjuvant, all of which can effect the practicality of vaccine manufacture and use.”

The World Health Organisation (WHO) said in an Aug 6 statement that data on the effectiveness of the first immunisations against the H1N1 virus will be limited when they are first administered.

Key information about the required composition of vaccines and whether one or two shots are needed probably will not be available until late next month, Marie-Paule Kieny, director of WHO’s initiative for vaccine research, said in a telephone interview from Washington yesterday. That data will help determine how many people could be immunised over the next few months, she said.

In June, Sinovac said that it received an initial order for four million doses from the Chinese government, and expects delivery by the end of next month. It anticipated additional orders in October, taking the total to 10 million doses.

Australia’s CSL, the Southern Hemisphere’s only flu vaccine maker, expects preliminary results on the first dose of its vaccine next week, said Rachel David, a company spokesman.

No severe adverse reactions have been observed so far, and the Melbourne-based company plans to submit the data to the Australian government on Sept 4, she said.

There have been at least 177,457 confirmed cases globally, including 1,462 deaths, according to the WHO’s latest statistics updated on Aug 6.

Monday, August 17, 2009

BULAN KEMERDEKAAN :MENGENALI PEJUANG KEMERDEKAAN DARI FAKTA SEJARAH NEGARA:PENENTANGAN AWAL TERHADAP INGGERIS

Badan politik awal yang bangun menentang British dan menuntut kemerdekaan ialah:

Kesatuan Melayu Muda,
Parti Kebangsaan Melayu Malaya,
Parti Komunis Malaya,
Angkatan Pemuda Insaf,
Angkatan Wanita Sedar,
Hizbul Muslimin antara penentang awal penjajahan.

Kumpulan ini mengambil dasar melawan British dan telah mengajukan garis politik yang progresif.

Pandangan dunia progresif kumpulan ini cuba memandu warga Tanah Melayu pada ketika itu untuk lari daripada asas kaum kepada asas kebangsaan.

Ia terbukti dengan draf Perlembagaan Rakyat PUTERA/AMCJA 1947 yang mentakrifkan sesiapa sahaja yang ingin bermastautin di Tanah Melayu pada ketika itu akan dipanggil "Melayu".

Cuma yang membezakan mereka ketika itu ialah tiadanya satu dasar yang bersatu kerana masing-masing punya ideolagi dan fahaman kumpulan masing-masing namun bermatlamatkan menentang penjajah Inggeris dan menyingkirkan mereka dari Tanah Melayu.

Tambahan pula ianya mendapat inspirasi menentang penjajahan Belanda di Indonesia.

Monday, August 10, 2009

JAGA KEBERSIHAN DIRI DAN JIKA ANAK-ANAK DEMAM ,KE HOSPITAL UNTUK DAPATKAN RAWATAN

Murid-murid dan ibu bapa diingatkan agar mematuhi nasihat kerajaan melalui Kementerian Kesihatan agar mendapatkan rawatan doktor jika ada daripada anak-anak kita yang disyakki dijangkiti demam.Ini adalah kerana ada sebilangan ibubapa yang mana di dapati anak-anak menghadapi demam ,masih lagi menghantar anak-anak ke sekolah dan melepaskan tanggungjawab kepada guru untuk menghantar semula anak-anak atau menghubungi ibubapa dan ini dilihat sebagai satu tanggungjawab yang di amanahkan kepada guru. Namun ibubapa harus prihatin dengan suasana terkini yang mana dengan menularnya penyakit berjangkit ini,ibu bapa harus peka dengan suasana semasa.

Pada 11 Ogos 2009 sejumlah 269 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 6 kes kematian dilaporkan. Kesemuanya adalah kes tempatan yang terdiri daripada warga negara Malaysia.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 11 Ogos 2009 adalah sebanyak 2,252 kes dengan jumlah kematian 38 orang.

Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 56 pesakit sedang dirawat di hospital dan 19 lagi dirawat di ICU. Daripada 19 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (2), obesiti (1) dan post -delivery (1). Seramai 11 orang telah didiscaj dari hospital semalam.

Untuk makluman, 6 kematian adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada mendapat jangkitan H1N1 pada 6, 8 dan 9 Ogos 2009, dilaporkan pada 10 Ogos 2009 secara formal sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Empat (4) daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko samada Diabetes, Hipertensi atau Asma. Tarikh kematian sebenar 7 kes tersebut adalah seperti berikut, 4 Ogos (1), 6 Ogos (2) dan 7 Ogos(3).

Merujuk kepada situasi global, sehingga 11 Ogos 2009, sejumlah 208,990 kes dengan 1,716 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 835 kes dengan 28 kematian berbanding dengan hari sebelumnya.

Saya ingin meminta orang ramai supaya sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil langkah-langkah berikut:

  1. Bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1) (Lampiran 1) diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Rawatan anti-viral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.

  2. Bagi mereka yang mempunyai simptom yang ringan diminta untuk mendapatkan rawatan simptomatik. Mereka juga dinasihatkan untuk berada di rumah dan membatas pergaulan serta aktiviti di luar. Kebersihan diri dan etika batuk perlu sentiasa diamalkan. Sekiranya terpaksa keluar, pakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ untuk mengurangkan penularan virus kepada orang lain.

  3. Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap. Dapatkan rawatan SEGERA apabila mengalami tanda-tanda tersebut.

  4. Orang ramai diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak meminum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah-langkah pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini.

  5. Penutupan sesebuah sekolah atau institusi bergantung kepada penilaian risiko yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan sekolah atau institusi.

  6. Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya dibuat untuk kes-kes yang dimasukkan ke hospital sahaja..

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 11 Ogos 2009

Arkib


Bookmark and Share

Thursday, August 6, 2009

SYARIKAT SWASTA BANTU SEKOLAH TANGANI H1N1





PENANTI- Sebuah syarikat Farmasi telah tampil memberi sumbangan kepada sekolah Kebangsaan mengkuang 2 unit penyukat suhu badan sebagai sumbangan ikhlas kepada sekolah untuk menyukat suhu badan murid yang di syakki mengidap demam.

Syarikat Farmasi Seri Penanti yang di ketuai oleh pengarah urusannya Sdr Mohd Sharil hadir sendiri ke sekolah menyampaikan sumbangan kepada pihak sekolah. Beliau yang mempunyai rangkain 3 buah kedai farmasi menjelaskan bahawa sumbangan ini adalah sebagai satu kerja sukarela dan amal beliau kepada pihak sekolah.

Sementara itu jurucakap sekolah menjelaskan bahawa sebelum ini syarikat yang sama juga menyampaikan sumbangan set baju sukan berjenama serba lengkap kepada pasukan sekolah yang berjaya ke peringkat negeri.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sumbangan ini membantu pihak sekolah membuat ujian saringan kepada murid-murid yang di pilih berdasarkan keadaan mereka.Sumbangan diterima pihak sekolah oleh penolong kanan HEM hal ehwal murid En mohd Noor Abu Bakar

Menurut En Mohd Noor "Sumbangan ini adalah satu yang besar bagi sekolah, kerana jika tidak sekolah perlu mengeluarkan sekurang-kurangnya RM300, jadi sumbangan ini dilihat membantu sekolah dan anak tempatan.Kita juga bimbang apabila sekolah berdekatan dan intitusi pengajian seperti IPTB dan IKBN di tutup termasuk sekolah menenah Mengkuang juga di tutup.Sumbangan ini membolehkan pihak sekolah membuat saringan kepada murid-murid".

Tuesday, August 4, 2009

BULAN KECERGASAN-HADIAH BAGI PEMENANG




SEKOLAH KEBANGSAAN MENGKUANG- Satu majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan melukis,mewarna dan penulisan mengenai kebersihan telah dilaksanakan baru-baru ini. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di lakukan oleh Pen Kanan 1 SKM Pn Cik Zaini .

Majlis yang diadakan pada Isnin baru-baru ini , dilkakukan selepas perhimpunan pagi dan pemenang diberi hadiah sebagai menghargai kecermerlanganmereka dalam bidang masing-masing.