Monday, August 17, 2009

BULAN KEMERDEKAAN :MENGENALI PEJUANG KEMERDEKAAN DARI FAKTA SEJARAH NEGARA:PENENTANGAN AWAL TERHADAP INGGERIS

Badan politik awal yang bangun menentang British dan menuntut kemerdekaan ialah:

Kesatuan Melayu Muda,
Parti Kebangsaan Melayu Malaya,
Parti Komunis Malaya,
Angkatan Pemuda Insaf,
Angkatan Wanita Sedar,
Hizbul Muslimin antara penentang awal penjajahan.

Kumpulan ini mengambil dasar melawan British dan telah mengajukan garis politik yang progresif.

Pandangan dunia progresif kumpulan ini cuba memandu warga Tanah Melayu pada ketika itu untuk lari daripada asas kaum kepada asas kebangsaan.

Ia terbukti dengan draf Perlembagaan Rakyat PUTERA/AMCJA 1947 yang mentakrifkan sesiapa sahaja yang ingin bermastautin di Tanah Melayu pada ketika itu akan dipanggil "Melayu".

Cuma yang membezakan mereka ketika itu ialah tiadanya satu dasar yang bersatu kerana masing-masing punya ideolagi dan fahaman kumpulan masing-masing namun bermatlamatkan menentang penjajah Inggeris dan menyingkirkan mereka dari Tanah Melayu.

Tambahan pula ianya mendapat inspirasi menentang penjajahan Belanda di Indonesia.

No comments:

Post a Comment