Saturday, November 21, 2009

PERJUMPAAN WARIS DAN GURU-MENGAMBIL BUKU PELAPORAN MURID... DAN PERJUMPAAN WARIS TAHUN 5 DAN JUGA PIBG

GURU BESAR PN ZAITON DAN YDP PIBG EN ABDUL RAZAK BERSAMA MENGADAKAN PERJUMPAAN DENGAN WARIS TAHUN 5 SKM BAGI MEMBINCANG HALA TUJU MURID DAN PROGRAM AKAB BAKAL DI TURKAN.










WARIS DATANG BERTEMU DENGAN KAUM GURU DAN GURU KELAS BAGI MENGAMBIL BUKU PELAPORAN.



CIKGU ROS BERPINDAH KE KELANTAN


CIKGU ROS tidak pernah letih melayan kerenah anak-anak didik beliau di pra sekolah.Bukan semua mampu menjadi guru pra sekolah melayan puluhan anak-anak didik kita.






SELAMAT TINGGAL SK MENGKUANG ,SELAMAT TINGGAL MURID-MURID KU.SELMAA 14 TAHUN BERADA DI PULAU PINANG BELIAU KEMBALI KE NEGERI KELAHIRAN BELIAU DI KELANTAN.


BERSAMA ANAK DIDIK BELIAU DI PRA SEKOLAH.....
LAGI GAMBAR DAN BERITA AKAN MENYUSUL..........................
SK MENGKUANG..Seorang guru sekolah kebangsaan mengkuang iaitu cikgu rosniwati telah berhijrah kembali ke negeri kelahiran beliau di negeri Kelantan Darul Naim.Beliau yang telah lama berda di Pulau Pinang, iaitu selama 14 tahun kini kembali semula kepangkuan negeri tercinta beliau.
SEBAGAI TRIBUTE UNTUK BELIAU .....RAKAN-RAKAN MENDOAKAN KESEJAHTERAAAN BELIAU DI TEMPAT BARU BELIAU BERTUGAS....
TERIMA LAH SEBUAH LAGU .............DARI ANAK-ANAK DIDIK BELIAU .....




MURID TABAH -VS MURID MEGAH

Terima keputusan 5A UPSR depan jenazah ibu

Nov 20, 09 4:10pm


Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.


Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam."Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.


Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.


Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin. "Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.


Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh."Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama

Thursday, November 12, 2009

JAMUAN AKHIR MURID TAHUN 6







Murid Tahun 6 sedang mendengar ceramah dan kata nasihat sebelum melangkah ke Tingkatan 1 tahun hadapan



Kiri Pn Zaiton Menyampaikan pingat Tunas Muda kepada Puteri Islam, Kanan YDP En Razak menyampaikan sijil akhir tahun kepada murid tahun 6




SK MENGKUANG-Satu jamuan akhir tahun khas untuk meraikan murid-murid tahun 6 sekolah kebangsaan mengkuang telah di adakan semalam.Majlis yang bertujuan meraikan tahun akhir mereka di sekolah ini adalah bertjuan untuk memberi pendidikan dan bimbingan menuju ke alam remaja dan menempuh cabaran di sekolah menengah.

Bagi yang berjaya dalam UPSR, ianya dilihat sebagai satu kejayaan yang bermakna dan bagi yang tidak berjaya tidak bermakna tidak punya harapan.UPSR adalah satu kejayaan dan banyak lagi yang perlu di pelajari dimasa-masa mendatang kerana pendidikan seumur hidup itu adalah pengalaman, dan juga ilmu yang ditimba tanpa hadnya.

KHIDMAT MASYARAKAT :GURU DAN MURID MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID


Ni pulak bahagian perbekalan...tak dak depa payah nihhh...semua bekalan makana dan minuman ada pada mereka....Kanan..kak Jah sedang memberi penerangan bagaimana nak makan...he...he..hee




Kiri Cik Aznira kita tengah tengok kawasan mana yang perlu di tebas dan di bereskan.Kanan Macha tengah bagi oenerangan pada cikgu Mat Noor.




Ambooiiiii sakan tudung kepala...hangat ka Masturaaaaaaaa/????



Guru Besar Pn Zaiton berseorangan menarah rumput....jaga-jaga...dan anak murid sempat bergaya...


Cik Puan Liza pun sempat juga bergaya.......


"Macha" kita woi...bukan main lagi


Sebahagian murid bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan di Masjid Mengkuang



Adengan menarik-tempat rehat selepas penat menebas rumput dan semak...janganminum air..bila dah minum mula la ...ulaq melingkaq ataih pagaq

MANDOR Razak mengarahkan 2 pekerjanya Ustaz Azrul dan Juga Cikgu Basri...tak tau nak kata apa....depa kena buat kerja....


SK Mengkuang- Satu program khidmat masyarakat telah di adakan baru-baru ini sebagai sebahagaian daripada program melatih guru dan juga murid-murid berkhidmat kepada msayarakat dan juga bergaul dengan Ibu bapa .

Program yang diadakan ini di ketuai oleh Pn Guru Besar , Pn Zaiton Yahya yang bersama guru-guru dan juga murid -murid bergotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan di Masjid jamek Kampung Mengkuang.

Ianya di mulakan tepat jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.30 petang.Murid-murid di sediakan makanan dan minuman termasuk juga kaum guru.

Wednesday, November 4, 2009

MAJLIS GRADUASI PRA SEKOLAH





SK MENGKUANG BUKIT MERTAJAM-Majlis graduasi anak kecil PRA sekolah , Sekolah Kebangsaan Mengkuang berlangsung di mana seramai 50 murid di 2 kelas Pra Sekolah SKM telah menerima sijil belajar hari ini.

Majlis yang di hadiri oleh Pengerusi PIBG Sekolah En Abdul Razak dan diiringi Pn Che Zaini Hj Abdul Aziz selaku PK 1 SKM, yang turut sama -sama menyampaikan sijil-sijil kepada graduan kecil.

Majlis yang dihadiri ibubapa ini dimeriahkan dengan persembahan oleh anak-anak harapan bangsa ini dengan di kendalikan oleh Cikgu Rosmawati dan juga Cikgu Kenanga.Turut membantu guru-guru yang mengajar di pra sekolah.

KAKITANGAN DAN GURU BERGAMBAR BERSAMA KELAB DAN KELAS



GURU DAN KAKITANGAN SKM 2009



KELAB KRS BERSAMA GURU PENASIHAT



PENGAWAS DAN GURU DISIPLIN


Satu majlis sesi bergambar telah di jalankan pada selasa baru-baru ini.Majlis bergambar ini di jalankan setiap tahun untuk kenangan murid-murid bersama guru-guru.

KEM LITERASI AL QURAN (KLAQ)PERINGKAT SEBERANG PERAI TENGAH






SKMENGKUANG 05/11/2009-Satu kem Literasi Membaca Iqra (KLAQ)peringkat kelompok 1 Seberang Perai Tengah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Mengkuang , Sekolah Kebangsaan Seri Impian dan Sekolah Kebangsaan Guar Perahu telah di adakan mulai 3 hb Nov hingga 5 Nov 2009 .Kem selama 3 hari ini menggabungkan 3 buah sekolah. Sekolah Kebangsaan Mengkuang menjadi tuan rumah dalam kem tersebut.Perasmian Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan guru besar Sekolah Kebangsaan Mengkuang iaitu ,Puan Zaiton Bt Yahya, yang berharap agar kem ini dapat di manfaatkan oleh murid-murid dari sekolah terlibat.Kem ini yang di kenali sebagai kem (KLAQ) Kelas membaca Iqra ini diSelaraskan oleh PPD Seberang Perai (T) dengan penglibatan guru-guru dan murid-murid dari 3 buah sekolah.

Kem literasi membaca iqra atau (KLAQ) yang dijalankan selama 3 hari berturut-turutdi ketuai oleh Ustaz Azrul selaku penyelaras peringkat Sekolah dan sebagai pengerusi pengajian Islam Sekolah Kebangsaan Mengkuang . Kem tersebut dijalankan untuk mengajar murid-murid membaca iqra sehingga lancar. Ianya di selaraskan dengan fasilitator terdiri daripada guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Seri Impian dan juga Sekolah Kebangsaan Guar Perahu.











Menurut Ustaz Azrul Hisham Bin Saad , sebanyak 11 orang Ustaz dan Ustazah yang bertindak selaku fasilitator dan tenaga pengajar yang menjalankan program ini ,membimbing seramai 65 murid yang telah dipilih di peringkat sekolah masiung-masing, dimana murid-murid yang dipilih ini pula adalah terdiri dari murid-murid yang belum mahir,tidak mahir,dan tidak mengkhatam Alquran.Selama 3 hari kem ini berjalan seramai 11 murid telah berjaya mengkhatam Al-Quran.

Menurut beliau lagi, Kem seperti ini dan dijalankan selepas semua guru-guru dan murid-murid selesai menduduki peperiksaan akhir peringkat sekolah amat sesuai kerana dapat memberikan tumpuan kepada murid-murid yang dipilih dan dengan kelompok yang lebih kecil penumpuan akan dapat di jalakan kepada individu yang terlibat.