Wednesday, November 4, 2009

KEM LITERASI AL QURAN (KLAQ)PERINGKAT SEBERANG PERAI TENGAH






SKMENGKUANG 05/11/2009-Satu kem Literasi Membaca Iqra (KLAQ)peringkat kelompok 1 Seberang Perai Tengah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Mengkuang , Sekolah Kebangsaan Seri Impian dan Sekolah Kebangsaan Guar Perahu telah di adakan mulai 3 hb Nov hingga 5 Nov 2009 .Kem selama 3 hari ini menggabungkan 3 buah sekolah. Sekolah Kebangsaan Mengkuang menjadi tuan rumah dalam kem tersebut.Perasmian Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan guru besar Sekolah Kebangsaan Mengkuang iaitu ,Puan Zaiton Bt Yahya, yang berharap agar kem ini dapat di manfaatkan oleh murid-murid dari sekolah terlibat.Kem ini yang di kenali sebagai kem (KLAQ) Kelas membaca Iqra ini diSelaraskan oleh PPD Seberang Perai (T) dengan penglibatan guru-guru dan murid-murid dari 3 buah sekolah.

Kem literasi membaca iqra atau (KLAQ) yang dijalankan selama 3 hari berturut-turutdi ketuai oleh Ustaz Azrul selaku penyelaras peringkat Sekolah dan sebagai pengerusi pengajian Islam Sekolah Kebangsaan Mengkuang . Kem tersebut dijalankan untuk mengajar murid-murid membaca iqra sehingga lancar. Ianya di selaraskan dengan fasilitator terdiri daripada guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Seri Impian dan juga Sekolah Kebangsaan Guar Perahu.











Menurut Ustaz Azrul Hisham Bin Saad , sebanyak 11 orang Ustaz dan Ustazah yang bertindak selaku fasilitator dan tenaga pengajar yang menjalankan program ini ,membimbing seramai 65 murid yang telah dipilih di peringkat sekolah masiung-masing, dimana murid-murid yang dipilih ini pula adalah terdiri dari murid-murid yang belum mahir,tidak mahir,dan tidak mengkhatam Alquran.Selama 3 hari kem ini berjalan seramai 11 murid telah berjaya mengkhatam Al-Quran.

Menurut beliau lagi, Kem seperti ini dan dijalankan selepas semua guru-guru dan murid-murid selesai menduduki peperiksaan akhir peringkat sekolah amat sesuai kerana dapat memberikan tumpuan kepada murid-murid yang dipilih dan dengan kelompok yang lebih kecil penumpuan akan dapat di jalakan kepada individu yang terlibat.

No comments:

Post a Comment