Thursday, August 6, 2009

SYARIKAT SWASTA BANTU SEKOLAH TANGANI H1N1





PENANTI- Sebuah syarikat Farmasi telah tampil memberi sumbangan kepada sekolah Kebangsaan mengkuang 2 unit penyukat suhu badan sebagai sumbangan ikhlas kepada sekolah untuk menyukat suhu badan murid yang di syakki mengidap demam.

Syarikat Farmasi Seri Penanti yang di ketuai oleh pengarah urusannya Sdr Mohd Sharil hadir sendiri ke sekolah menyampaikan sumbangan kepada pihak sekolah. Beliau yang mempunyai rangkain 3 buah kedai farmasi menjelaskan bahawa sumbangan ini adalah sebagai satu kerja sukarela dan amal beliau kepada pihak sekolah.

Sementara itu jurucakap sekolah menjelaskan bahawa sebelum ini syarikat yang sama juga menyampaikan sumbangan set baju sukan berjenama serba lengkap kepada pasukan sekolah yang berjaya ke peringkat negeri.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sumbangan ini membantu pihak sekolah membuat ujian saringan kepada murid-murid yang di pilih berdasarkan keadaan mereka.Sumbangan diterima pihak sekolah oleh penolong kanan HEM hal ehwal murid En mohd Noor Abu Bakar

Menurut En Mohd Noor "Sumbangan ini adalah satu yang besar bagi sekolah, kerana jika tidak sekolah perlu mengeluarkan sekurang-kurangnya RM300, jadi sumbangan ini dilihat membantu sekolah dan anak tempatan.Kita juga bimbang apabila sekolah berdekatan dan intitusi pengajian seperti IPTB dan IKBN di tutup termasuk sekolah menenah Mengkuang juga di tutup.Sumbangan ini membolehkan pihak sekolah membuat saringan kepada murid-murid".

No comments:

Post a Comment