Monday, June 15, 2009

4 WIRA SEKOLAH KEBANGSAAN MENGKUANG MEMENANGI KEJOHANAN TEA KWAN DO

Skuad Tea Kwan Do bergambar bersama Pk KOKO dan juga guru penasihat.Dari kiri Pn Zuwati,En Anuar dan En Azahari bersama Skuad Tea Kwan Do SK Mengkuang.





SK MENGKUANG-16 Jun- Kejayaan skuad Tea Kwan Do Sk Mengkuang dalam kejohaanan Tea Kwan Do Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di SMK Chung Ling Butterwoth pada 31 Mei lalu menjadi langkah pertama mengejar buruan emas di masa akan datang.

Kejohanan yang berlangsung selama sehari itu menampilkan berbagai kategori dimana skuad Sekolah Kebangsaan Mengkuang telah menjadi naib johan dalam kejohanan sparing dimana adik Luqman Hakim Bin Mazlan memenangi naib johan dalam kategori sparing.


Manakala 3 lagi pemenang mendapat tempat ketiga dalam kategori sparing bagi berat badan yang berlainan.Mereka ialah adik Amirul Syafiq Bin Mohd Nasir,adik Nor Erisya Bt Nor Azlan(Kategori perempuan) dan Adik Mohd Azrul Bin Sobri



Kejayaan ini menjadi pendorong dan membakar semangat murid-murid lain untuk mencuba dalam kejohanan yang akan datang bagi buruan emas untuk menaikkaan nama sekolah.Kejayaan ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini , ada kategori yang di menangi dan ini mendorong para pelapis untuk menyertai kejohanan.

Murid menjalani latihan pada setiap hari selasa di bawah Mr Raja yang datang mengajar di sekolah.Seramai 25 murid sedang menjalani latihan intensif dan ini adalah wira bagi Sekolah Kebangsaan Mengkuang.

No comments:

Post a Comment