Wednesday, June 17, 2009

MURID SK MENGKUANG MENDUDUKI UJIAN PERMATA PINTAR UKM






BUKIT MERTAJAM.Murid-murid Sekolah Kebangsaan Mengkuang hari ini telah menduduki ujian PERMATA PINTAR UKM yang di berikan sebagai satu percubaan bagi menguji kepintaran murid dalam menyelesaikan masalah melalui pembelajaran online.

Ujian yang di jalankan di pusat akses sekolah itu, diduduki seramai 10 murid tahun 3 dan akan diikuti murid tahun 4 dan tahun 5 pada hari yang berikutnya.Walau pun ujian ini nampak ada baiknya , namun capaian kepada soalan agak perlahan dan seramai 10 murid yang mendudukinya 3 sahaja yang berjaya menjawab hingga ke akhir akibat dari kesukaran capaian atau terhenti di tengah jalan.Namun syabas kepada 3 murid yang berjaya menghantar terus ke pusat ujian tersebut.

No comments:

Post a Comment