Sunday, May 10, 2009

KDP UNTUK GURU

Kursus Dalam Perkhidmatan

KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme Ambilan 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Bukan Siswazah/ Lepasan Diploma yang sedang berkhidmat di sekolah menengah dan rendah Kementerian Pelajaran Malaysia memohon mengikuti Kursus KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seluruh negara.

Nama Kursus: KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme Ambilan 2009
Tempoh Pengajian: 26/27 Julai - 29/30 Oktober 2009
Tarikh Tutup Permohonan: 12 Jun 2009

Syarat Dan Kelayakan Am:
Pemohon-pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Mempunyai pengalaman mengajar, sekurang-kurangnya 3 tahun pada 1 Julai 2009.
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau S.P.M (Vokasional)
  3. Memiliki Ijazah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah.
  4. Memiliki Sijil Perguruan Asas/Diploma Perguruan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi pegawai perkhidmatan pendidikan bukan siswazah/lepasan diploma.
  5. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.
  6. Telah disahkan dalam jawatan.
  7. Tidak mengikuti sebarang Kursus Dalam Perkhidmatan yang lain semasa membuat permohonan termasuk Pendidikan Jarak Jauh KPM.
  8. Tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang akan mengganggu kehadiran semasa mengikut kursus tersebut.
  9. Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib.
  10. Umur tidak melebihi 50 tahun pada atau sebelum 1 Julai 2009.

Bidang Kursus Yang Ditawarkan:

  1. Pengayaan dalam Pendidikan Bahasa Melayu (SR)
  2. Teater Dalam Pendidikan Bahasa Melayu (SR)
  3. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SR)
  4. Pendidikan Khas Disleksia (SR)
  5. Media dalam Pendidikan Islam (SR)
  6. Pengajaran Kesusasteraan Melayu dalam BM (SM)
  7. Pendidikan Bahasa Arab Komunikasi (SM)
  8. Qiraat dan Taranum (SM/SR)
  9. Creative Teaching In Mathematics (SR)
  10. Creative Teaching In Science (SR)
  11. Remediation In Mathematics (SR)
  12. Enhancing English Language Teaching Practices (SM/SR)

Cara Mengemukakan Permohonan:

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja dengan melayari internet di alamat http://www.moe.gov.my. Pemohon dinasihatkan melawat dan melayari dahulu laman web tersebut untuk meneliti e-panduan permohonan dan memahami dahulu cara-cara mengemukakan permohonan secara dalam talian ini. Permohonan boleh dibuat mulai 10 Mei 2009. Calon perlu cetak borang permohonan yang teah diisi dan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Permohonan perlu mendapat perakuan Pengetua/Guru Besar dan sokongan Pengarah Pelajaran Negeri. Sekian terima kasih daripada Admin CikguBlog.


No comments:

Post a Comment