Monday, May 11, 2009

BOLASEPAK:SK MENGKUANG MENCAPAI KEJAYAAN GEMILANG DIBAWAH JURULATIH CIKGU RIDZUAN (WAN TORAN)




Cikgu Ridzuan menerima hadiah daripada
En.Abd Ghafar Mahmud Timbalan Ketua
Pengarah Pelajaran Jab.Pen.Jasmani dan Sukan Kem.Pelajaran


Cikgu Ridzuan sebagai jurulatih dan pemain serta Timbalan Pengarah Pelajaran Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan di kejohanan bolasepak CYC/MILO/Kementerian Pelajaran Malaysia 2007 di Kuala Lumpur- Pulau Pinang menjadi juara.Murid Sekolah Kebangsaan Mengkuang,Nik Zain Syafiq Nik Roslan turut serta dipilih mewakili pasukan Pulau Pinang.

SEKOLAH KEBANGSAAN MENGKUANG bukan lah asing bagi peminat bolasepak di sekolah-sekolah Pulau Pinang. Pasukan bola sepak sekolah ini mula mengukir nama sejak 2004. Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi membuatkan pasukan bolasepak Sek.Keb.Mengkuang amat digeruni di Pulau Pinang. Pasukan bola sepak sekolah ini menjadi juara dalam Kejohanan Bola Sepak 12 tahun MSSPP Zon Bukit Mertajam dua tahun berturut-turut (2008/2009) dan juga juara dua tahun berturut-turut dalam kejohanan Program Pembangunan Bola Sepak 11 tahun PPD Seberang Perai Tengah (2007/2008).

Berikut adalah kejaayaan Pasukan Bola Sepak Sek.Keb.Mengkuang.

2004 - Naib Johan Kejohanan Bola Sepak 12 tahun MSSPP Zon Bkt Mertajam.
2006 - Johan Futsal 9 Tahun anjuran Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.
Johan Futsal 10 Tahun anjuran Celcom peringkat Utara(Pulau Pinang,Kedah dan Perlis)
Tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak 12 tahun MSSPP Zon Bkt Mertajam.
2007 - Johan Kejohanan Program Pembangunan Bola Sepak 11 tahun anjuran PPD Seberang Perai Tengah
Naib Johan Kejohanan Bola Sepak 12 tahun MSSPP Zon Bkt Mertajam.
2008 -Johan Kejohanan Program Pembangunan Bola Sepak 11 tahun anjuran PPD Seberang Perai Tengah
Johan Kejohanan Bola Sepak 12 tahun MSSPP Zon Bkt Mertajam.
2009 -Johan Kejohanan Bola Sepak 12 tahun MSSPP Zon Bkt Mertajam.

Pasukan bola sepak Sek.Keb.Mengkuang mula bertapak dalam peta bola sepak Zon Bukit Mertajam pada 2004 iaitu semenjak Cikgu Ridzuan bertukar ke sekolah ini pada 2003. Sebelum itu pasukan sekolah ini antara pasukan tercorot. Hasil usaha gigih Cikgu Ridzuan, pasukan bola sepak sekolah meningkat setapak demi setapak. Sehinggakan pasukan ini telah berjaya menjadi johan 2 tahun berturut-turut. Malah menghasilkan ramai pemain berbakat. Lapan orang pemain sekolah ini telah mewakili pasukan bola sepak daerah Bukit Mertajam dan 6 orang daripadanya sedang mengikuti pemilihan untuk mewakili pasukan negeri Pulau Pinang.
Kejaaan ini juga datangnya dari sokongan pihak PIBG sekolah, waris-waris dan masyarakat sekeliling. Mereka banyak membantu tidak dari faktor wang ringgit dan keringat.




Bersama pemain SK Mengkuang dalam salah satu perlwanan peringkat daerah antara sekolah- sekolah MSSPP zon Bukit Mertajam.



Tugas dan tanggungjawab menaikkan bolasepak ini terpikul di bawah seorang guru yang amat dihormati di Pulau Pinang apabila Cikgu Ridzuan Toran atau lebih dikenali dikalangan guru-guru di Pulau Pinang sebagai cikgu Wan Toran.Beliau bukan sahaja mengeluarkan sesetengah dari belanja dan keperluan budak-budak untuk menaikkan semangat mereka, namun ianya sebagai satu dorongan kepada murid-murid sekolah untuk hadir berlatih.




Cikgu Ridzuan sebagai jurulatih bersama dengan pegawai dan pemain pasukan bola sepak Pulau Pinang bawah 12 tahun 2008. Pasukan ini menjadi naib johan peringkat kebangsaan. Tewas kepada Kedah 1-2 pada perlawanan akhir di Sg Petani Kedah.

Cikgu Ridzuan bukan sahaja berjaya menaikkan nama Sekolah Kebangsaan Mengkuang di negeri Pulau Pinang dan peta teratas dalam majlis sukan sekolah-sekolah Pulau Pinang dalam bolasepak , malah menjadi jurulatih bagi peringkat negeri seperti berikut:

1. Jurulatih Pasukan Pulau Pinang bawah 11 tahun 2007 dalam kejohanan CYC/MILO/Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat kebangsaan. dan menjadi johan.

2. Jurulatih pasukan Pulau Pinang bawah 12 tahun MSSM kebangsan di Sungai Petani 2008 dan menjadi naib johan pertemuan akhir dengan pasukan Kedah.

3. Jurulatih peringkat daerah sejak tahun 2001 hingga sekarang.

No comments:

Post a Comment