Monday, March 22, 2010

SK MENGKUANG KE SEPARUH AKHIR .BELASAH SK PAUH JAYA 5-1




Kiri:Bergambar sebelum menentang Sk Pauh Jaya dan, Kanan barisanpemain di tengah padang sebelum permainan di mulakan.




Kiri: Penerangan sebelum masuk bermain dari cikgu Ridwan, manakala gambar Kanan pemain sedang "memanaskan badan"




Kiri: Setelah penat bermain di separuh masa pertama.dan Kanan pak cik "ais krim" sentiasa memberikan sokongan.Beliau akan "belanja" pemain Sk Mengkuang ais krim percuma setelah kemenangan.Setiap kali kemenanangan pemain akan dapat ais krim.Jasamu tetap di hargai.






Mengkuang- SK mengkuang sekali lagi menjadi kan SK Pauh Jaya sebagai mangsa belasahan apabila menewaskan sekolah tersebut dalam perlawanan suku akhir kejohanan Bolasepak MSSPP di padang awam Mengkuang Titi petang tadi.Dalam perlawanan yang di mulakan dengan agak hambar , separuh masa pertama hanya menyaksikan 1-0 gol di jaringkan.


Namun begitu, beberapa percubaan merbahaya dari penyerang sensasi Mohamad Faizal jersi no 10 hampir-hampir membolos pintu gol lawan sebanyak 3 kali percubaan yang mengenai palang gol.


Di separuh masa kedua pula , dengan bimbingan dan tunjuk ajar jurulatih Cikgu Mohamad Ridwan, menyaksikan kebangkitan SK Mengkuang di mana 4 gol di jaringkan dengan sunguh bergaya.Gol-gol ini di anggap cantik kerana ianya hasil kerjasama berpasukan keseluruhan pemain. Pemain yang menonjol pada kali ini adalah pemain sayap kiri adik Mirza, dan pemain penyerang Mohad Faizal, pemain tengah "Bidin raja padang".

Kesungguhan pemain yang mahukan kemenangan memberikan keyakinan bahawa Sk Mengkuang amat di geruni di Pulau Pinang. Sk mengkuang telah menjadi Johan MSSPP dalam acara bolasepak pada tahun lepas dan 4 tahun berturut-turut menjadi Johan dan naib Johan bolasepak Pualau Pinang.Tahun lepas 2 pemain mewakili negara ke Jakarta, iaitu adik Nik dan juga Amir.Manakala 2 pemain ke Soccerkids iaitu adik Amirul (ketua pasukan soccerkids dan juga adik Muhaimin) Mereka kini ke sekolah menengah Guar Perahu(sekolah sukan daerah) .




Kemenangan ini seterusnya akan membawa ke pelawanan separuh akhir Rabu ini.





No comments:

Post a Comment