Monday, October 5, 2009

SKM DITEMPAT KE 3 BATTLE OF THE BRAIN ANJURAN TM NET


Adik Fahmi dan Nik Zaim menerima hadiah dari Guru Besar SK Taman Merak dan juga di saksikan oleh Pengerusi PIBG dan juga maskot Tmnet Blue Hyppo.



Mendengar Penerangan dan mendaftar.Pn Aina selaku fasilitator komputer SK Mengkuang turut serta mengiringi murid ke karnivel berkenaan.


2 murid sekolah adik Naim dan juga adik Aqil sedang menemuramah salah seorang crew Tm Net mengenai wireless dan peranannya


BUKIT MERTAJAM- 4 Oktober .Sk Mengkuang yang menyertai acara "Battle of the Brain" anjuran karnival TMnet di SK Taman Merak baru-baru ini(4 Okt 2009) telah berjaya ke peringkat akhir dan mendapat tempat ke -3. Acara yang di sertai adik Fahmi dan adik nik Zaim
ini turut disertai 6 buah sekolah lain.

Karnivel yang diadakan turut disertai oleh egensi kerajaan lain iaitu jabatan Bomba,AADK,kesihatan dan juga pihak polis ini dimeriahkan lagi dengan acara jualan makanan dan juga tawaran istimewa yang dibuat oleh pihak TmNet.

Acara yang bermula sejak jam 8.00 lagi berakhir hingga jam 5 petang ini di akhiri dengan acara penyampaian hadiah oleh Guru Besar SK Taman Merak ,iaitu En Goh dan juga pihak Tmnet.




No comments:

Post a Comment