Thursday, September 3, 2009

MURID MOHON RESTU DAN KEAMPUNAN GURU




SK MENGKUANG- 4 SEPT. Murid-murid tahun enam hari ini telah melakukan satu "keajaiban" apabila berbaris memohon restu dan keampunan dari semua guru sekolah sebelum menduduki pepriksaan besar UPSR bagi tahun 2009.

Sejumlah 98 calon tahun enam yang menduduki peeriksaan tahun ini diharap mendapat kejayaan yang cemerlang dari guru-guru dan juga ibu bapa bagi membuktikan kejayaan masing-masing.

Perbarisan yang bermula selepas perhimpunan pagi itu di barisi oleh semua guru dan murid-murid pula berbaris bersalaman dengan guru-guru dan memohon maaf dan semoga guru-guru merestui murid-murid serta memaafkan mereka jika terkasar bahasa dan tingkahlaku sebelum ini.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN BAGI SEMUA MUURID TAHUN ENAM. KEJAYAAN AKAN TERCAPAI DENGAN BERKAT USAHA DAN DOA ANDA.

No comments:

Post a Comment