Thursday, May 14, 2009

SK MENGKUANG JOHAN TAKRAW MSSPP


Jururlatih sepaktakraw dan pemain Sepaktalraw SK Mengkuang Ustz Nasaruddin dan Ustaz Azrul




PERMATANG PAUH - Sekolah kebangsaan Mengkuang muncul sebagai juara dalam kejohanan sepak takraw berpasukan dan bergu di peringat zon dan juga negeri Pulau Pinang dalam kejohanan sepak takwaraw Majlis Sukan-Sukan Sekolah Pulau Pinang.


Jurulatih sepak takraw SK Mengkuang , Cikgu Nasaruddin Abd Rashid berkata untuk mencapai kejayaan setinggi ini di peringkat negeri ,pasukan Sekolah Kebangsaan Mengkuang terpaksa melalui laluan yang sukar kerana semua pasukan yang masuk ke pertandingan akhir ini bukan calang-calang pasukan , malah masing-masing menunjukkan permainan yang berkualiti dan cemerlang.

Menurut Cikgu Nasaruddin lagi , kejayaan pasukan SK Mengkuang bukan datang dengan senang, sebaliknya latihan yang diberikan dan kesungguhan murid-murid bermain tanpa di suruh membuktikan komintmen pasukan sepak takraw Sekolah Kebangsaan Mengkuang menjadi sebutan di Pulau Pinang.

"Sekolah Kebangsaan Mengkuang bukan sahaja terkenal dengan team bolasepak nya malahan team sepaktakraw dan juga bola balingnya kuat untuk masa kini di Pulau Pinang" demikian jelas Ustaz Nasaruddin lagi.

SK Mengkuang juga pernah menjadi johan peringkat kebangsaan sebelum ini dan pada tahun ini telah menjadi wakil Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan. Walau pun hanya mendapat tempat ke empat namun usaha yang di tunjukkan dan kesungguhan pemain amat membanggakan.

" Azam kami untuk meneruskan kecemerlangan kami kerana sejak beberapa tahun dulu sekolah ini kekal dengan sepak takraw yang menjadi kegerunan pihak lawan di Majlis Sukan Sekolah Sekolah Pulau Pinang."

Cuma kita berharap bakat ,kebolehan, dan disiplin yang ada pada mereka harus di gilap apabila tiba di sekolah menengah nanti dan seterusnya boleh mewakili negara suatu hari kelak.Jika mereka di tempatkan di sekolah sukan iaitu sekolah menengah Guar Perahu, juga di Bukit Mertajam bintang mereka akan bersinar lagi dalam bidang sukan.

No comments:

Post a Comment