Thursday, November 12, 2009

KHIDMAT MASYARAKAT :GURU DAN MURID MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID


Ni pulak bahagian perbekalan...tak dak depa payah nihhh...semua bekalan makana dan minuman ada pada mereka....Kanan..kak Jah sedang memberi penerangan bagaimana nak makan...he...he..hee




Kiri Cik Aznira kita tengah tengok kawasan mana yang perlu di tebas dan di bereskan.Kanan Macha tengah bagi oenerangan pada cikgu Mat Noor.




Ambooiiiii sakan tudung kepala...hangat ka Masturaaaaaaaa/????



Guru Besar Pn Zaiton berseorangan menarah rumput....jaga-jaga...dan anak murid sempat bergaya...


Cik Puan Liza pun sempat juga bergaya.......


"Macha" kita woi...bukan main lagi


Sebahagian murid bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan di Masjid Mengkuang



Adengan menarik-tempat rehat selepas penat menebas rumput dan semak...janganminum air..bila dah minum mula la ...ulaq melingkaq ataih pagaq

MANDOR Razak mengarahkan 2 pekerjanya Ustaz Azrul dan Juga Cikgu Basri...tak tau nak kata apa....depa kena buat kerja....


SK Mengkuang- Satu program khidmat masyarakat telah di adakan baru-baru ini sebagai sebahagaian daripada program melatih guru dan juga murid-murid berkhidmat kepada msayarakat dan juga bergaul dengan Ibu bapa .

Program yang diadakan ini di ketuai oleh Pn Guru Besar , Pn Zaiton Yahya yang bersama guru-guru dan juga murid -murid bergotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan di Masjid jamek Kampung Mengkuang.

Ianya di mulakan tepat jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.30 petang.Murid-murid di sediakan makanan dan minuman termasuk juga kaum guru.

Wednesday, November 4, 2009

MAJLIS GRADUASI PRA SEKOLAH





SK MENGKUANG BUKIT MERTAJAM-Majlis graduasi anak kecil PRA sekolah , Sekolah Kebangsaan Mengkuang berlangsung di mana seramai 50 murid di 2 kelas Pra Sekolah SKM telah menerima sijil belajar hari ini.

Majlis yang di hadiri oleh Pengerusi PIBG Sekolah En Abdul Razak dan diiringi Pn Che Zaini Hj Abdul Aziz selaku PK 1 SKM, yang turut sama -sama menyampaikan sijil-sijil kepada graduan kecil.

Majlis yang dihadiri ibubapa ini dimeriahkan dengan persembahan oleh anak-anak harapan bangsa ini dengan di kendalikan oleh Cikgu Rosmawati dan juga Cikgu Kenanga.Turut membantu guru-guru yang mengajar di pra sekolah.

KAKITANGAN DAN GURU BERGAMBAR BERSAMA KELAB DAN KELAS



GURU DAN KAKITANGAN SKM 2009



KELAB KRS BERSAMA GURU PENASIHAT



PENGAWAS DAN GURU DISIPLIN


Satu majlis sesi bergambar telah di jalankan pada selasa baru-baru ini.Majlis bergambar ini di jalankan setiap tahun untuk kenangan murid-murid bersama guru-guru.

KEM LITERASI AL QURAN (KLAQ)PERINGKAT SEBERANG PERAI TENGAH






SKMENGKUANG 05/11/2009-Satu kem Literasi Membaca Iqra (KLAQ)peringkat kelompok 1 Seberang Perai Tengah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Mengkuang , Sekolah Kebangsaan Seri Impian dan Sekolah Kebangsaan Guar Perahu telah di adakan mulai 3 hb Nov hingga 5 Nov 2009 .Kem selama 3 hari ini menggabungkan 3 buah sekolah. Sekolah Kebangsaan Mengkuang menjadi tuan rumah dalam kem tersebut.Perasmian Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan guru besar Sekolah Kebangsaan Mengkuang iaitu ,Puan Zaiton Bt Yahya, yang berharap agar kem ini dapat di manfaatkan oleh murid-murid dari sekolah terlibat.Kem ini yang di kenali sebagai kem (KLAQ) Kelas membaca Iqra ini diSelaraskan oleh PPD Seberang Perai (T) dengan penglibatan guru-guru dan murid-murid dari 3 buah sekolah.

Kem literasi membaca iqra atau (KLAQ) yang dijalankan selama 3 hari berturut-turutdi ketuai oleh Ustaz Azrul selaku penyelaras peringkat Sekolah dan sebagai pengerusi pengajian Islam Sekolah Kebangsaan Mengkuang . Kem tersebut dijalankan untuk mengajar murid-murid membaca iqra sehingga lancar. Ianya di selaraskan dengan fasilitator terdiri daripada guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Seri Impian dan juga Sekolah Kebangsaan Guar Perahu.











Menurut Ustaz Azrul Hisham Bin Saad , sebanyak 11 orang Ustaz dan Ustazah yang bertindak selaku fasilitator dan tenaga pengajar yang menjalankan program ini ,membimbing seramai 65 murid yang telah dipilih di peringkat sekolah masiung-masing, dimana murid-murid yang dipilih ini pula adalah terdiri dari murid-murid yang belum mahir,tidak mahir,dan tidak mengkhatam Alquran.Selama 3 hari kem ini berjalan seramai 11 murid telah berjaya mengkhatam Al-Quran.

Menurut beliau lagi, Kem seperti ini dan dijalankan selepas semua guru-guru dan murid-murid selesai menduduki peperiksaan akhir peringkat sekolah amat sesuai kerana dapat memberikan tumpuan kepada murid-murid yang dipilih dan dengan kelompok yang lebih kecil penumpuan akan dapat di jalakan kepada individu yang terlibat.

Sunday, November 1, 2009

SETIAP SISTEM HARUS DI KAJI SECARA MENDALAM AGAR ADA YANG TIDAK TERPINGGIR

Perkenal sistem ganjaran bagi motivasikan penjawat awam

02/11/2009 10:28am

PUTRAJAYA 2 Nov. — Kerajaan akan memperkenalkan sistem ganjaran yang lebih berkesan yang dapat memotivasikan penjawat awam bagi memperkasa budaya prestasi tinggi di dalam sektor awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana cabaran yang dihadapi oleh negara adalah besar dan walaupun berjaya, negara berada dalam situasi yang disifatkan sebagai terperangkap dalam tahap pendapatan sederhana.

"Maknanya jika kita tidak buat sesuatu kita akan terperangkap di dalam tahap pendapatan sederhana ini.

"Maknanya kita tak miskin tetapi kita tak kaya dan inilah cabaran yang paling besar bagi negara bagaimana kita nak wujudkan satu motivasi supaya kita tidak terlekat pada tahap sekarang tetapi benar-benar menjadi negara yang berjaya mengikut takrif kita,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan sedang memikirkan dari segi kaedahnya untuk memperkenalkan sistem ganjaran tersebut yang benar-benar berkesan yang dapat memotivasikan penjawat awam. - Bernama

Tuesday, October 20, 2009

HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH















BUKIT MERTAJAM 21 OKTOBER 2009-Sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah telah di adakan sebagai satu acara tahunan yang mana ianya diadakan sebagai satu tujuan khas untuk meraikan kanak-kanak agar mereka menghargai bahawa diri mereka itu berharga dan sebagai generasi yang akan datang yang mana mungkin dalam kelompok ini akan ada bakat-bakat besar,pemimpin,anggota masayarakat yang dapat memberikan sumbangan dan jasa kepada ugama,bangsa dan negera.

Selepas aktiviti bersukan, murid-murid kemudiannya berehat di kantin kerana setiap murid diberikan sebungkus nasi lemak oleh pengusaha kantin Pak Din.Ianya sebagai satu penghargaan terhadap kanak-kanak kerana mereka punya nilai yang amat berharga kepada negara,ibubapa,masyarakat dan modal insan yang punya berbagai ragam dan tingkahlaku ini harus di gilap dan dihargai.

Murid-murid kemudiannya mengadakan persembahan.banyak kumpulan yang diberikan,malah guru-guru bebas membiarkan kanak-kanak ini memilih nama kumpulan nasyid masing-masing dan mereka bertanya kepada guru-guru yang fasih berbahasa arab.Maka lahirlah kumpulan nasyid Al munawarah,al-hidayah,al-jannah,al hidayah aqsa, dan lain-lain lagi di berbagai peringkat kelas dan juga umur masing-masing.


CIKGU MD NOOR DI USIK "PEMINAT" FANATIK KETIKA MEMETIK LAGU SOLO MAN KIDAL.


Mewakili kaum guru melakukan persembahan ialah petikan gitar solo dari Cikgu Mohd Noor Yassin, bekas pemain gitar utama sebuah kumpulan muzik di Pulau Pinang.Beliau tampil dengan lagu solo Man Kidal dengan petikan gitarnya yang berharga Rm3000 lebih yang dibelinya beberapa tahun lalu.Murid terhibur kerana ianya satu persembahan dari guru untuk murid-murid.Satu pernghargaan kepada kanak-kanak.

LAGI GAMBAR-GAMBAR AKAN MENYUSUL KEMUDIAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI KANAK-KANAK

0/21/2009 8:34:04 AMKanak-kanak mati didera ibu sendiri

Sunday, October 18, 2009

KUMPULAN NASYID GIAT BERLATIH UNTUK SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK



(KIRI) Kumpulan Nasyid Al Munawarah (KANAN) Kumpulan Nasyid Al-Muslimah


Bersempena dengan sambutan hari kanak-kanak sedunia.Sekolah Kebangsaan Mengkuang tidak terlepas mengadakan sambutan hari kanak-kanak untuk di sambut , 2 kumpulan nasyid dikalangan murid-murid sekolah sedang berlatih untuk menyambut hari kanak-kanak dan menghiburkan rakan-rakan mereka.


SELAMAT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

ANUGERAH KENAIKAN PANGKAT LANS KOPERAL DARI MAJOR ZAITON YAHYA

updates Monday 19.October 2009




BUKIT MERTAJAM 19 OKT .Seramai 9 pelajar Sekolah Kebangsaan Mengkuang telah menerima kenaikan pangkat Lans Koperal dalam pasukan kadet remaja sekolah diatas komitmen,disiplin,kerajinan dan kesungguhan mereka dalampasukan kadet remaja sekolah. Ini berikutan dalam satu perkhemahan yang dianjurkan di dalam program RIMUP-RANCANAGN INTERGRASI MURID UNTUK PERPADUAN yang diadakan di sekolah kebangsaan guar perahu baru-baru ini.Komitment pelajar-pelajar ini berjaya meningkatkan dan menaikkan nama Sekolah Kebangsaan Mengkuang dalam aktiviti KoKurikulum

Murid-murid yang menerima watikah dan juga kenaikan pangkat ini berjanji akan melipatgandakan lagi usaha mereka untuk tahun mendatang agar ianya menjadi teladan kepada murid-murid yang lain serta ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah yang lain.

Majlis penyampaian sijil watikah lantikan telah di sempurnakan di perhimpunan pagi sekolah hari ini oleh Guru Besar yang juga Major Zaiton Yahya.