Perkenal sistem ganjaran bagi motivasikan penjawat awam
PUTRAJAYA 2 Nov. — Kerajaan akan memperkenalkan sistem ganjaran yang lebih berkesan yang dapat memotivasikan penjawat awam bagi memperkasa budaya prestasi tinggi di dalam sektor awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana cabaran yang dihadapi oleh negara adalah besar dan walaupun berjaya, negara berada dalam situasi yang disifatkan sebagai terperangkap dalam tahap pendapatan sederhana.
"Maknanya jika kita tidak buat sesuatu kita akan terperangkap di dalam tahap pendapatan sederhana ini.
"Maknanya kita tak miskin tetapi kita tak kaya dan inilah cabaran yang paling besar bagi negara bagaimana kita nak wujudkan satu motivasi supaya kita tidak terlekat pada tahap sekarang tetapi benar-benar menjadi negara yang berjaya mengikut takrif kita,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, beliau bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan sedang memikirkan dari segi kaedahnya untuk memperkenalkan sistem ganjaran tersebut yang benar-benar berkesan yang dapat memotivasikan penjawat awam. - Bernama
No comments:
Post a Comment