BUKIT MERTAJAM 21 OKTOBER 2009-Sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah telah di adakan sebagai satu acara tahunan yang mana ianya diadakan sebagai satu tujuan khas untuk meraikan kanak-kanak agar mereka menghargai bahawa diri mereka itu berharga dan sebagai generasi yang akan datang yang mana mungkin dalam kelompok ini akan ada bakat-bakat besar,pemimpin,anggota masayarakat yang dapat memberikan sumbangan dan jasa kepada ugama,bangsa dan negera.
Selepas aktiviti bersukan, murid-murid kemudiannya berehat di kantin kerana setiap murid diberikan sebungkus nasi lemak oleh pengusaha kantin Pak Din.Ianya sebagai satu penghargaan terhadap kanak-kanak kerana mereka punya nilai yang amat berharga kepada negara,ibubapa,masyarakat dan modal insan yang punya berbagai ragam dan tingkahlaku ini harus di gilap dan dihargai.
Murid-murid kemudiannya mengadakan persembahan.banyak kumpulan yang diberikan,malah guru-guru bebas membiarkan kanak-kanak ini memilih nama kumpulan nasyid masing-masing dan mereka bertanya kepada guru-guru yang fasih berbahasa arab.Maka lahirlah kumpulan nasyid Al munawarah,al-hidayah,al-jannah,al hidayah aqsa, dan lain-lain lagi di berbagai peringkat kelas dan juga umur masing-masing.
CIKGU MD NOOR DI USIK "PEMINAT" FANATIK KETIKA MEMETIK LAGU SOLO MAN KIDAL.
Mewakili kaum guru melakukan persembahan ialah petikan gitar solo dari Cikgu Mohd Noor Yassin, bekas pemain gitar utama sebuah kumpulan muzik di Pulau Pinang.Beliau tampil dengan lagu solo Man Kidal dengan petikan gitarnya yang berharga Rm3000 lebih yang dibelinya beberapa tahun lalu.Murid terhibur kerana ianya satu persembahan dari guru untuk murid-murid.Satu pernghargaan kepada kanak-kanak.
LAGI GAMBAR-GAMBAR AKAN MENYUSUL KEMUDIAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI KANAK-KANAK
0/21/2009 8:34:04 AM | Kanak-kanak mati didera ibu sendiri |
No comments:
Post a Comment