Tuesday, June 8, 2010

Lima Cara Memilih Sahabat




NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:
Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


  1. Pilihlah rakan berakhlak mulia dan Taat kepada Allah SWT.
  2. Pilihlah rakan yang tidak mementingkan diri sendiri.
  3. Pilihlah rakan yang Ikhlas dalam semua perkara.
  4. Pilihlah rakan yang mahu membantu diwaktu senang dan susah.
  5. Pilihlah rakan yang rajin dan mahu diajak mengulangkaji pengajian.
  6. Pilihlah rakan yang suka memaafkan kesalahan.
  7. Pilihlah rakan yang bersifat rendah diri dan tidak sombong.
  8. Pilihlah rakan yang mengingatkan kita kepada Allah SWT dan perkara kebaikan.
  9. Hindarilah teman yang suka berdusta dan tidak jujur.
  10. Hindarilah teman yang malas dalam semua perkara.


No comments:

Post a Comment