Tuesday, March 2, 2010

LAGI KEMENANGAN DI CIPTA




BERGAMBAR BERSAMA JURULATIH SKM CIKGU RIDWAN DAN JUGA EN HALIM SELAKU INDIVIDU YANG MEMBANTU SEKOLAH.




SK MENGKUANG- Lagi satu kemenangan di cipta oleh pemain bolasepak SKM apabila berjaya menewaskan SK Seri Impian dengan kemenangan yang selesa iaitu 3-1. Kemenangan ini bukan sahaja menjadikan pasukan SKM di geruni, malahan ianya di anggap sebagai sebuah pasukan bolasepak MSSPP yang amat di geruni pihak lawan.

Walau pun hanya 2 pemain lama yang menjadi tunggak kejayaan, namun kehadiran pemain baru dan juga penjaga gol yang hebat menjadikan pasukan bolasepak SKM adalah antara yang akan menjadikan pasukan yang akan mara ke perlawanan seterusnya.

SKM pernah menjadi johan peringkat negeri tahun lepas di mana 2 pemainnnya telah beraksi di peringkat antarabangsa mewakili Malaysia di bawah 12 tahun di Indonesia tahun lepas.
Kini, Skuad bolasepak yang di bimbing oleh Cikgu Mohd Ridwan ini bukan sahaja akan mempamirkan aksi yang cemerlang malah menjadi sebutan di peringkat negeri Pulau Pinang.

Petang Rabu ini , SKM akan berhadpan dengan SK Taman Inderawasih dan diharapkan ianya akan mencapai kejayaan yang lebih membanggakan.

No comments:

Post a Comment