Wednesday, March 31, 2010

KEM MOTIVASI UNTUK PELAJAR TAHUN 5 DAN TAHUN 6







KEM MOTIVASI YANG SEDANG BERLANGSUNG UNTUK MURID TAHUN 5 DAN TAHUN 6 .

MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 28 MAC BARU-BARU INI






SK Mengkuang telah mengadakan mesyuarat agung tahunan baru-baru ini. Dengan perlantikan AJK baru dan lama di harapkan akan memantapkan lagi AJK sedia ada.Tahniah kepada yang baru di lantik dan tahniah juga kepada yang memegang tampuk PIBG demi anak didik kita.


LAGI GAMBAR=-GAMBAR AKAN MENYUSUL KEMUDIAN.

Tubuh jawatankuasa khas kaji beban tugas guru - Muhyiddin

Tubuh jawatankuasa khas kaji beban tugas guru - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 31 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar.

"Saya sudah arahkan jawatankuasa itu nanti mengenalpasti bagaimana masalah (bebanan tugas) itu boleh berlaku dan mencari penanda aras yang boleh kementerian guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari kita untuk dicontohi," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Menurut beliau, jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Alimuddin dan keanggotaannya turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP diberi masa selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.

Ditanya mengenai beban tugas berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh guru, Muhyiddin berkata, antaranya adalah menguruskan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa.

"NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada setiap Sabtu, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan, guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan disebabkan guru terbabit terlibat dengan banyak aktiviti.

"Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana kita tidak mahu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas terganggu disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

"Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali membebankan guru. Sebab itu, kementerian menubuhkan jawatankuasa ini, tidak lain tidak bukan untuk mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan bebanan guru,"katanya.

SK MENGKUANG MUNCUL NAIB JUARA ZON PERMATANG PAUH



SK MENGHKUANG-SKM muncul naib juara apabila di tewaskan oleh SK bandar Perda dengan agregate 1-0.Kekalahan 1-0 tidak mematahkan semangat SKM kerana pelapis pasukan ini sedang dalam pembentukan semula.Rata-rata pemain adalah murid tahun 4 dan tahun 5.

Kita berharap para pemain dapat menimba pengalaman dalam kejohanan pada kali ini.

Thursday, March 25, 2010





GURU-GURU DAN GURU PELATIH MENYIAPKAN PADANG UNTUK TEMASYA SUKAN TAHUNAN 3 MINGGU DARI SEKARANG.

SK MENGKUANG KE PERLAWANAN AKHIR.TEWASKAN SK SEBERANG JAYA 2




USTZ AZRUL ,USTZAH MARDZIAH, SERTA PETUGAS KHAS CIK DA(TENGAH) DAN CIK TA(KANAN SEKALI) SIBUK MENGISI BORANG....










EN HALIM (TERLINDUNG) DAN CIKGU RIDZUAN (KANAN)SEBELUM PERLAWANAN



MENGKUANG-Sekolah kebangsaan mengkuang sekali lagi menepa tempat ke perlwanan akhir kejohanan bolasepak MSSPP Zon tengah selepas menewaskan SK Seberang jaya 2 dengan 2-1.Perlawanan sengit yang berkesudahan 2-1 ini bagaimana pun mencemaskan penyokong dan ibubapa yang trut memberikan soskongan apabila ketinggalan 1-0 di separuh masa pertama.


KIRI PN ZAITON (GB SKM) PARA PENGADIL ,PEGAWAI,GURU PASUKAN DAN JUGA IBUBAPA PENYOKONG SKM.

Kejayaan penyerang lincah dan berbakat Mohd Faisal Halim dan Azlan Shah yang menyumbat 2 gol di separuh masa kedua menaikkan semangat pemain dan seterusnya menguasai permainan sehingga ke wisel penamat.


Kejayaan 5 tahun berturut-turut sebagai wakil Zon tengah memang tidak dapat di sangkal lagi.Esok adalah hari penentuan apabila bertemu di perlawannan akhir menentang SJKBandar Perda.
SEMOGA KEJAYAAN AKAN MENJADI KENYATAAN.TERIMA KASIH SEMUA YANG MEMBANTU.

Wednesday, March 24, 2010

PERLAWANAN MENENTUKAN HIDUP MATI PERJUANGAN SKM DALAM KEJOHANAN BOLASEPAK

SK MENGKUANG- perlawanan separuh akhir petang ini akan menentukan hidup mati perjuangan bolasepak SKM dalam kejohanan MSSPP kejohanan Bolasepak bawah 12 tahun .

Harapan guru dan ibubapa terhadap skuad balasepak amat tinggi dan ini akan menjadikan kejohanan ini amat membanggakan guru dan warga SKM

Monday, March 22, 2010

SK MENGKUANG KE SEPARUH AKHIR .BELASAH SK PAUH JAYA 5-1




Kiri:Bergambar sebelum menentang Sk Pauh Jaya dan, Kanan barisanpemain di tengah padang sebelum permainan di mulakan.




Kiri: Penerangan sebelum masuk bermain dari cikgu Ridwan, manakala gambar Kanan pemain sedang "memanaskan badan"




Kiri: Setelah penat bermain di separuh masa pertama.dan Kanan pak cik "ais krim" sentiasa memberikan sokongan.Beliau akan "belanja" pemain Sk Mengkuang ais krim percuma setelah kemenangan.Setiap kali kemenanangan pemain akan dapat ais krim.Jasamu tetap di hargai.






Mengkuang- SK mengkuang sekali lagi menjadi kan SK Pauh Jaya sebagai mangsa belasahan apabila menewaskan sekolah tersebut dalam perlawanan suku akhir kejohanan Bolasepak MSSPP di padang awam Mengkuang Titi petang tadi.Dalam perlawanan yang di mulakan dengan agak hambar , separuh masa pertama hanya menyaksikan 1-0 gol di jaringkan.


Namun begitu, beberapa percubaan merbahaya dari penyerang sensasi Mohamad Faizal jersi no 10 hampir-hampir membolos pintu gol lawan sebanyak 3 kali percubaan yang mengenai palang gol.


Di separuh masa kedua pula , dengan bimbingan dan tunjuk ajar jurulatih Cikgu Mohamad Ridwan, menyaksikan kebangkitan SK Mengkuang di mana 4 gol di jaringkan dengan sunguh bergaya.Gol-gol ini di anggap cantik kerana ianya hasil kerjasama berpasukan keseluruhan pemain. Pemain yang menonjol pada kali ini adalah pemain sayap kiri adik Mirza, dan pemain penyerang Mohad Faizal, pemain tengah "Bidin raja padang".

Kesungguhan pemain yang mahukan kemenangan memberikan keyakinan bahawa Sk Mengkuang amat di geruni di Pulau Pinang. Sk mengkuang telah menjadi Johan MSSPP dalam acara bolasepak pada tahun lepas dan 4 tahun berturut-turut menjadi Johan dan naib Johan bolasepak Pualau Pinang.Tahun lepas 2 pemain mewakili negara ke Jakarta, iaitu adik Nik dan juga Amir.Manakala 2 pemain ke Soccerkids iaitu adik Amirul (ketua pasukan soccerkids dan juga adik Muhaimin) Mereka kini ke sekolah menengah Guar Perahu(sekolah sukan daerah) .




Kemenangan ini seterusnya akan membawa ke pelawanan separuh akhir Rabu ini.





Wednesday, March 3, 2010

SK MENGKUANG BELASAH SK TAMAN INDERAWASIH 16-0

Kejayaan yang telah di duga. SKM sekali lagi membelasah pasukan belasahan apabila menewaskan SK Taman Inderawasih Butterworth dengan 16-0.Inilah kejayaan yang amat membanggakan dan dengan tidak menurunkan Mohd Faizal selaku penyerang utama. Jika Ahmad Faizal berjaya di trunkan dijangkakan 10 lagi gol akan berjaya di cipta beliau.

Tuesday, March 2, 2010

LAGI KEMENANGAN DI CIPTA




BERGAMBAR BERSAMA JURULATIH SKM CIKGU RIDWAN DAN JUGA EN HALIM SELAKU INDIVIDU YANG MEMBANTU SEKOLAH.




SK MENGKUANG- Lagi satu kemenangan di cipta oleh pemain bolasepak SKM apabila berjaya menewaskan SK Seri Impian dengan kemenangan yang selesa iaitu 3-1. Kemenangan ini bukan sahaja menjadikan pasukan SKM di geruni, malahan ianya di anggap sebagai sebuah pasukan bolasepak MSSPP yang amat di geruni pihak lawan.

Walau pun hanya 2 pemain lama yang menjadi tunggak kejayaan, namun kehadiran pemain baru dan juga penjaga gol yang hebat menjadikan pasukan bolasepak SKM adalah antara yang akan menjadikan pasukan yang akan mara ke perlawanan seterusnya.

SKM pernah menjadi johan peringkat negeri tahun lepas di mana 2 pemainnnya telah beraksi di peringkat antarabangsa mewakili Malaysia di bawah 12 tahun di Indonesia tahun lepas.
Kini, Skuad bolasepak yang di bimbing oleh Cikgu Mohd Ridwan ini bukan sahaja akan mempamirkan aksi yang cemerlang malah menjadi sebutan di peringkat negeri Pulau Pinang.

Petang Rabu ini , SKM akan berhadpan dengan SK Taman Inderawasih dan diharapkan ianya akan mencapai kejayaan yang lebih membanggakan.

Monday, March 1, 2010

SK MENGKUANG MENJADI TUAN RUMAH KEJOHANAN BOLASEPAK MSSPP=PERLAWANAN PERTAMA KALAHKAN SK TANAH LIAT 3-0






Bukit Mertajam- Kejohanan bolasepak MSSPP yang berlangsung sekarang di mana sekolah kebangsaan mengkuang selaku Tuan rumah bersama 12 pasukan yang lain.Dalam pusingan pertama sekolah kebangsaan mengkuang telah mengalahkan SK Tanah Liat 3-0.