Tuesday, September 29, 2009

MURID GEMBIRA SELEPAS HARI RAYA.




KEMBALI KESEKOLAH.TETAP CERIA SELEPAS KEMBALI BERHARI RAYA .

MELAKONKAN ADEGAN BERBUAL TENTANG BERHARI RAYA.

Sekolah Kebangsaan Mengkuang-Murid sekolah tetap gembira kembali semula ke sekolah selepas cuti selama seminggu selepas mengharungi ibadat puasa di bulan Ramadhan dan bercuti selepas itu selama seminggu sempena sambutan hari raya Aidil fitri.

Menurut murid-murid sekolah, seronok dapat duit raya yang di kumpul apabila diberi oleh sanak saudara dan juga ketika mereka menziarah kerumah sanak saudara dan juga jiran di kampung.

Namun ramai pula yang bercerita tentang kesibukan jalanraya dan juga sikap biadap pemandu yang sombong-sombong , malah ada juga yang bercerita tentang pengalaman mereka menyaksikan kejadian kemalangan di jalanraya.

Sudah tentulah ini memberi kesan psikologi dan juga pengalaman bagi mereka gunakan untuk mengarang pengalaman semasa pulang berhari dan juga kejadian yang berlaku dan mereka alami.

..........dan sudah tentu tertanam di hati sanubari anak-anak kita, dan anak-anak didik kita bahawa betapa rakyat Malaysia begitu tidak sayangkan nyawa dan betapa memandu itu perlukan kesabaran yang cukup tinggi untuk bertemu sanak saudara di kampung dengan gembira dan bukan tangisan dan berita dukacita..........

No comments:

Post a Comment