Tuesday, September 29, 2009

MURID GEMBIRA SELEPAS HARI RAYA.




KEMBALI KESEKOLAH.TETAP CERIA SELEPAS KEMBALI BERHARI RAYA .

MELAKONKAN ADEGAN BERBUAL TENTANG BERHARI RAYA.

Sekolah Kebangsaan Mengkuang-Murid sekolah tetap gembira kembali semula ke sekolah selepas cuti selama seminggu selepas mengharungi ibadat puasa di bulan Ramadhan dan bercuti selepas itu selama seminggu sempena sambutan hari raya Aidil fitri.

Menurut murid-murid sekolah, seronok dapat duit raya yang di kumpul apabila diberi oleh sanak saudara dan juga ketika mereka menziarah kerumah sanak saudara dan juga jiran di kampung.

Namun ramai pula yang bercerita tentang kesibukan jalanraya dan juga sikap biadap pemandu yang sombong-sombong , malah ada juga yang bercerita tentang pengalaman mereka menyaksikan kejadian kemalangan di jalanraya.

Sudah tentulah ini memberi kesan psikologi dan juga pengalaman bagi mereka gunakan untuk mengarang pengalaman semasa pulang berhari dan juga kejadian yang berlaku dan mereka alami.

..........dan sudah tentu tertanam di hati sanubari anak-anak kita, dan anak-anak didik kita bahawa betapa rakyat Malaysia begitu tidak sayangkan nyawa dan betapa memandu itu perlukan kesabaran yang cukup tinggi untuk bertemu sanak saudara di kampung dengan gembira dan bukan tangisan dan berita dukacita..........

Sunday, September 27, 2009

SEKOLAH BERMULA

UPDATES 28-9-2009.10.20 PAGI


Penggal persekolahan akhir sudah bermula.Isnin 28.9.09 selepas seminggu umat Islam dan murid serta guru-guru beragama Islam menyambut bulan Ramadhan dan menyambut hariraya aidilfitri bagi tahun ini.

Kepada guru-guru dan warga pendidik hari ini tugas kita bermula sebagaimana biasanya,tanggungjawab besar kita bermula sebagaimana yang diamanahkan ke atas kita umat yang telah dilantik sebagai guru untuk mendidik anak bangsa kita 1 Malaysia.

Wednesday, September 16, 2009

CUTI KHAS-TAK PERLU GANTI


Barisan anak-anak murid menerima duit raya dari sumbangan PIBG kepada mereka.



Kiriman guru kepada karung blog-terima kasih.Gambar Guru Besar Pn Zaiton Yahya menerima cendera hati dari bekas guru pelatih IPTB Mengkuang.Kubang Semang sebagai tanda ingatan.Guru Pelatih KPLI 2009.

Cuti Khas Untuk Semua Sekolah dan Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Pada Hari Jumaat, 18 September 2009 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H



1. Kabinet yang bermesyuarat pada hari ini, 16 September 2009, telah bersetuju untuk memberi Cuti Khas kepada semua Sekolah dan Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 18 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.

2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.


YAB Menteri Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 16 September 2009

Monday, September 14, 2009

JAMUAN BERBUKA PIBG DAN MURID TAHUN 6



Kuih muih dan nasi dalca antara hidangan berbuka majlis PIBG dan murid tahun 6 baru-baru ini



Majlis berbuka anjuran PIBG yang di adakan sehari selepas pepperiksaan bagi meraikan calon UPSR yang baru sahaja habis pada 8 hb baru-baru ini.Majlis diadakan pada 9 hb Sept bagi meraikan murid-murid tahun 6 selepas lelah mengharungi peperiksaan terbesar seluruh Malaysia bagi murid tahun 6.
Ianya dimulakan dengan bacaan Yassin dan juga tahlil dan semuanya berkupul untuk berbuka bersama-sama.




lalat ini tidak melarikan diri walau gambar diambil dekat.Ternyata "sidia"juga mahu berbuka bersama

MAJLIS BACAAN YASSIN BAGI PELAJAR TAHUN 6





SK Mengkuang-baru-baru ini pada 5 September lepas satu Majlis bacaan Yassin bersempena dengan ketibaan UPSR .Majlis yang dihadiri oleh semua ibubapa serta murid-murid tahun 6 SKM ini adalh bertujuan agar murid-murid diberi kekuatan semasa menduduki peperiksaan tersebut.


Majlis bersama guru-guru dan ibubapa ini adalah anjuran PIBG ini juga bertujuan mengeratkan siraturrahim antara ibubaa dan juga guru-guru.Ini sudah tentulah memberikan peluang kepada murid serta guru mengenali antara satu sama lain, dan mengeratkan hubungan antara pihak pendidik dan juga masyarakat setempat.







Thursday, September 3, 2009

PRAKTIKUM BAGI GURU PELATIH SEDANG BERJALAN




GURU PELATIH BERSAMA PENSYARAH MEREKA DARI IPTB .SEMOGA BERJAYA.

MURID MOHON RESTU DAN KEAMPUNAN GURU




SK MENGKUANG- 4 SEPT. Murid-murid tahun enam hari ini telah melakukan satu "keajaiban" apabila berbaris memohon restu dan keampunan dari semua guru sekolah sebelum menduduki pepriksaan besar UPSR bagi tahun 2009.

Sejumlah 98 calon tahun enam yang menduduki peeriksaan tahun ini diharap mendapat kejayaan yang cemerlang dari guru-guru dan juga ibu bapa bagi membuktikan kejayaan masing-masing.

Perbarisan yang bermula selepas perhimpunan pagi itu di barisi oleh semua guru dan murid-murid pula berbaris bersalaman dengan guru-guru dan memohon maaf dan semoga guru-guru merestui murid-murid serta memaafkan mereka jika terkasar bahasa dan tingkahlaku sebelum ini.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN BAGI SEMUA MUURID TAHUN ENAM. KEJAYAAN AKAN TERCAPAI DENGAN BERKAT USAHA DAN DOA ANDA.

PERSEDIAAN AKHIR.



SK Mengkuang 4 Sept - Murid-murid Sekolah Kebangsaan Mengkuang membuat persediaan akhir bagi menduduki peepriksaan UPSR bagi tahun2009. Seramai 98 calon yang menduduki peeriksaan UPOSR tahun ini dan diujangkakn sekolah kebangsaan mengkuang akan dapat mengekalkan kecemerlangan pencapaian 80% ke atas.

Usaha-usaha ini dilakukan dengan kerjasama semua pihak termasuk guru-guru dan juga PIBG yang mengatur program bagi murid-murid mengikuiti kelas tambahan dan juga persediaan khas bagi murid-murid tahun enam , sama ada program yang di atur pihak sekolah dan juga yang di buat melalui PIBG.

Kesedaran bahawa perlunya kerjasama guru-guru , maka ibubapa juga memberi kan kerjasama yang tidak terhingga bagi membuktikan pencapaian anak masing -masing.Memang jasa guru akan dikenang apabila kejayaan yang dicapai, namun kerja guru-guru dan penat lelah guru bagi membuktikan kejayaan murid hanya Tuhan yang dapat membalasnya.Memang guru umpama lilin membakar diri.