Wednesday, May 13, 2009

SEKITAR JAMUAN PERPISAHAN DAN JAMUAN HARI GURU


Semua hadir.Nampak sangat kepupusan guru lelaki




Pak Din dan Bang Mat


Ustaz melayan kanak-kanak yang tak sempat hantar ngasuh.............



Semua guru yang hadir ceria bersama tetamu yang diraikan



Baik punya posing.Cikgu Rohaida


Guru-guru yang hadir


Tiga guru yang masih "solo" dari ujung Cik Kenanga,Cik Aznira dan Cik Mastura


En Ridwan menjadi juruacara majlis.Kekal Macho dengan misai melintang.


En Mohd Tarmizi bertukar ke sekolah kebangsaan Sri Impian Taman Guar Perahu sebagai guru kaunseling






Tuan Hj Anuar bertukar ke PPD Tengah di Unit HEM.



YDP PIBG SKM En Razak menerima cerderahati masih kekal.




TN Hj Risli menerima cendera hati dari Guru Besar Pn Zaiton.Hj Risli bertukar ke SK Alma Bukit Mertajam.Beliau bertugas sebagai PK1 sejak tahun 1995 di SK Mengkuang bertukar ke SK Alma juga sebagai PK1.


Pekerja AM En Wahab yang bersara 55 tahun


SK Mengkuang-13Mei Jamuan perpisahan dan juga jamuan sempena dengan jamuan hari hari Guru disambut meriah di sebuah restoran di Bandar Perda Bukit Mertajam. Tetamu yang di raikan Tn Hj Risli, Tn Hj Anuar ,Cikgu Kaunseling En Tarmizi , yang bertukar ke sekolah lain atau dinaikkan pangkat bertugas di tempat lain telah diraikan dalam suasana meriah bercampur sedih kerana masing-masing bertugas agak lama di Sekolah Kebangsaan Mengkuang.Maka suasana sedih dan gembira dengan kisah-kisah silam sejak 15 tahun dan 8 tahun dulu diimbau sebagai satu kenangan abadi ketika bertugas di SK Mengkuang.


Bagi guru-guru , kehilangan Tn Hj Risli dan Tn Hj Anuar dianggap sebagai satu kehilangan aset besar kerana pengalaman mereka yang lama di sekolah kebangsaan Mengkuang ini menjadikan mereka sebati dengan guru-guru. Ini tidak bermakna juga kedatangan yang baru ini mengecewakan.Bak kata pepatah ,"Patah tumbuh hilang berganti". Semua yang hadir punya kelebihan masing-masing.


Kenangan lalu yang digarap ketika bertugas di SK Mengkuang memanglah indah sesuai dengan keindahan suasana kawasan sekitar, toleransi antara guru, kerjasama sesama guru-guru,dan guru-guru boleh melawak sesama guru menjadikan suasana mengajar dan bebanan tugas yang dipikul itu tidak terasa.Maka kerana itu apabila Tn Hj Anuar berkata bahawa apabila bertukar ke PPD, saya seolah-olah bekerja seorang dengan komputer.


Kini , kenangan lalu itu menjadi sebagai nostalgia yang indah terpahat di hati masing-masing.Kenangan itu akan tetap di ingat selagi hayat dikandung badan dan semua guru di Malaysia akan mengalami kenangan yang indah di ketika mula bertugas dan dimana pula bersara.Maka kerana itu, hargailah teman dan hargailah dimana anda bertugas.




Admin: Masih ku kenang peristiwa bertugas di Ulu Tembeling.






No comments:

Post a Comment