PROGRAM MOTIVASI JAYAWARIS EDISI PERTAMA TELAH DI JALANKAN PADA MINGGU LEPAS.PROGRAM MITIVASI ANTARA IBUBAPA DAN MURID YANG HADIR INI BERTUJUAN MENDEKATKAN PIBG SERTA ANAK DIDIK BAGI MENGHADAPI UPSR TAHUN INI.
Tuesday, January 26, 2010
PROGRAM JAYAWARIS EDISI PERTAMA.
PROGRAM MOTIVASI JAYAWARIS EDISI PERTAMA TELAH DI JALANKAN PADA MINGGU LEPAS.PROGRAM MITIVASI ANTARA IBUBAPA DAN MURID YANG HADIR INI BERTUJUAN MENDEKATKAN PIBG SERTA ANAK DIDIK BAGI MENGHADAPI UPSR TAHUN INI.
Tuesday, January 12, 2010
GURU HARUS KUASAI ICT
Penguasaan guru dalam ICT diutamakan - TPM
LONDON 12 Jan. - Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.
Menurutnya, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT.
"Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, dengan 9,331 sekolah mempunyai akses kepada lapan saluran projek School-Net melalui jalur lebar bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar.
"Makmal komputer juga dibina di 6,633 sekolah. Pusat akses Internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi kemudahan murid mencari maklumat di 3,029 sekolah di luar bandar," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran menyampaikan ucaptama di Forum Pembelajaran dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II di sini hari ini.
Seramai 73 Menteri Pelajaran dan juga pemimpin serta pegawai-pegawai pendidikan dunia menghadiri forum tersebut yang membincangkan mengenai pembelajaran dalam bidang ICT.
Ia forum pendidikan terbesar di dunia yang memfokuskan pembangunan dan integrasi ICT dalam pembelajaran di sekolah-sekolah.
Forum ini memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, pegawai kanan kerajaan dan pihak berkaitan bertukar-tukar pendapat serta pengalaman mengenai pengunaan ICT di negara masing-masing.
Tambah Muhyiddin, gabungan penggunaan ICT dalam sistem pendidikan Malaysia telah memperlihatkan banyak kerjasama antara sektor swasta dan awam dalam membentuk perkongsian pintar.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kini menjadi cabaran kepada guru berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan ICT yang membawa kepada pelbagai bentuk kemajuan itu dapat dicapai.
"Pada masa sama, kita juga sentiasa mengingatkan para guru bahawa teknologi itu hanyalah alat.
"Interaksi di dalam kelas dengan murid-murid juga perlu diutamakan di samping penggunaan ICT dalam pembelajaran. Tiada teknologi yang boleh menggantikan guru," jelasnya.
Katanya, cabaran lain adalah kos yang tinggi dalam melaksanakan ICT terutama ketika negara menghadapi krisis ekonomi,
Bagaimanapun, tambahnya, kerajaan mendapat kerjasama baik daripada komuniti sekitar dan sektor swasta dalam menjayakan program ICT di sekolah.
Muhyiddin turut menyentuh mengenai keperluan menjadikan pendidikan sebagai pertahanan paling utama negara bagi keselamatan ekonomi dan memberi jaminan kesihatan termasuk membantu dunia memerangi kebuluran.
"Selain menjadikan forum ini sebagai medan perkongsian kemahiran mengenai teknologi, jadikan ia untuk menjalinkan kerjasama erat bagi keamanan dunia melalui komunikasi dan informasi teknologi yang lebih baik dalam ikatan persaudaraan pendidikan," katanya. - utusan
Tuesday, January 5, 2010
Monday, January 4, 2010
HARI PERTAMA MURID CERIA CIKGU CERIA
Monday, December 28, 2009
TED SIXTHSENSE
KEBIJAKSANAAN SEORANG PELAJAR YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI KOMPUTER DAN MENGUBAHNYA KE ALAM REALITI KEPADA ALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN SENTUHAN TANGAN.
Tuesday, December 15, 2009
2 PELAJAR SK MENGKUANG SERTAI SOCCER KIDS
ADIK MOHAMMAD SOLIHIN YANG MUNCUL DALAM PROGRAM MHI TV3 DALAM PROGRAM SOCCER KIDS 16 DIS 2009.
ADIK MOHAMMAD AMIRUL (KIRI) PERNAH MEWAKILI MALAYSIA BAWAH 12 TAHUN DI JAKARTA PADA BULAN NOV BARU-BARU INI.BELIAU JUGA MUNCUL DALAM PROGRAM MHI 16 DISEMBER SEDANG BERLATIH.
Saturday, December 12, 2009
Saturday, November 21, 2009
CIKGU ROS BERPINDAH KE KELANTAN
SELAMAT TINGGAL SK MENGKUANG ,SELAMAT TINGGAL MURID-MURID KU.SELMAA 14 TAHUN BERADA DI PULAU PINANG BELIAU KEMBALI KE NEGERI KELAHIRAN BELIAU DI KELANTAN.
MURID TABAH -VS MURID MEGAH
Nov 20, 09 4:10pm
Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.
Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam."Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.
Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.
Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin. "Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.
Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh."Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama
Thursday, November 12, 2009
JAMUAN AKHIR MURID TAHUN 6
Murid Tahun 6 sedang mendengar ceramah dan kata nasihat sebelum melangkah ke Tingkatan 1 tahun hadapan
Kiri Pn Zaiton Menyampaikan pingat Tunas Muda kepada Puteri Islam, Kanan YDP En Razak menyampaikan sijil akhir tahun kepada murid tahun 6
SK MENGKUANG-Satu jamuan akhir tahun khas untuk meraikan murid-murid tahun 6 sekolah kebangsaan mengkuang telah di adakan semalam.Majlis yang bertujuan meraikan tahun akhir mereka di sekolah ini adalah bertjuan untuk memberi pendidikan dan bimbingan menuju ke alam remaja dan menempuh cabaran di sekolah menengah.
Bagi yang berjaya dalam UPSR, ianya dilihat sebagai satu kejayaan yang bermakna dan bagi yang tidak berjaya tidak bermakna tidak punya harapan.UPSR adalah satu kejayaan dan banyak lagi yang perlu di pelajari dimasa-masa mendatang kerana pendidikan seumur hidup itu adalah pengalaman, dan juga ilmu yang ditimba tanpa hadnya.