Tuesday, October 13, 2009

GELAGAT DAN SUASANA HARI KANTIN SEKOLAH



Majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah...(kiri) YDP En Razak dan (kanan) Guru Besar Pn Zaiton


awat anak keriau.......mamak mail dok layan kanak-kanak...En Ismail guru lama di sekolah ini.




Pertandingan mewarna mendapat tempat dikalangan kanak-kanak bawah 6 tahun.......



Penerangan mengenai kesihatan, H1N1, dan juga denggi..............


Panggung wayang berjalan lancar............


Taukeh rojak ......hai kira untung ke.....



suasana memebeli belah.................



Hadiah cabutan bertuah agak lumayan......banyak hadiah...


Mak oiii...bihun sup punya pukulan...mak mertua lalu pun tak sedar.....

Hai cikgu Farah....pening kepala ka???kolam ikan dah habih, kena order la pulak






Murid-murid memang seronok memancing.Kolam ikan menjadi tumpuan,Tauke ikan mana????cik Jah kita la.Khabarnya Ustazah dapat ikan talapia dari tasek mengkuang 2 kilo.....dah jadi lauk gamaknya...............tak sempat nak rasa...






Ha..ha...DJ akan menyampaikan maklumat dan pembantu DJ Sdr Faurani dengan lagu-lagu evergreen.......always somewhere. Kanan sedang melakukan pemilihan ...cabutan ke....


Keta bomba........................budak-budak kita tak kisah pun......



Sudut pameran agensi kerajaan



Setem juga dijual.Setem di bekalkan oleh salah seorang waris.Kebanyak kannya setem dari Australia dan New Zealand......sahaja yang di jual.




Kak ani.....awat yang dok kalut.......nak belanja ka????kanan kak Rafiah juga tersenyum simpul....Jual apa niii....




Syurga kanak-kanak...permainan belon ini amat di gemari...ramai...




Kuda ada yang meninggal seekor ..kerana dalamperjalanan ke sekolah berlaku kemalangan..lalu di ganti keesokkannya...




Kiri..baju bundle pun ada...kanan Cik Aznira kita senyum........



Cik Mastura juga tak dilupakan...sebelah tu..Pn Rafidah..dok tengok apa tuuuuu




aik peace pulak....minuman....ni.....kanan Pn Rafidah dok tengok apa tah.....



He..he..tauke jagong.......kanan pramugari yang nak jual jagong



(kiri) Jual ayer kanan kepala perang nak ketuk kepala...............




(Kiri) Tauke rojak kanan iklan hari kantin..malah masuk dalam sinar lagi

Orang ramai dan kanan pemilihan pancing..mana yang bertuah dapat ikan besar...



Dalam ni ada kaka kita ustazah Norzita,pn Ezlimaton,dan juga Pn Mahani....(kanan) GB Pn Zaiton menyampaikan hadiah..bang Mail kita dok pegang hadiah.....

Monday, October 12, 2009

JASAMU DIKENANG




JASAMU DIKENANG

Murid-murid sekolah tidak mengira keringat membantu dan menolong guru-guru.Mereka dilatih untuk saling tolong menolong dan inilah sebagai asas membantu ibu bapa dirumah.Bagi yang ringan tulang cikgu ucapkan terima kasih.Ada juga murid-murid yang berat tulang,tidak mahu menolong ,malah melarikan diri.Kepada mereka cikgu ingatkan betapa perkara tersebut sebenarnya tidak baik untuk diamalkan.Mungkin jika ibu bapa meminta pertolongan suatu hari nanti, adakah kita akan melarikan diri. Namun asasnya adalah datang dari rumah.Jika dirumah ibu bapa mengajar anak-anak membantu, maka murid-murid ini kelak akan bijak untuk menguruskan diri dan lebih berdikari.

GAMBAR -GAMBAR PETANG JUMAAT SEHARI SEBELUM HARI KANTIN SEKOLAH





CIKGU ASRI(KANAN) TAUKE KUDA DAN KERETA KUDA





LAGI GAMBAR AKAN MENYUSUL

SK MENGKUANG-Hari kantin Sekolah Kebangsaan Mengkuang di sambut meriah apabila lebih 5,000 hadir mengunjungi dan menyertai peraduan serta menikmati makanan yang disediakan di gerai-gerai jualan yang di sediakan.Antara gerai jualan yang disediakan ialah gerai rojak,nasi ayam,gerai minuman,aiskrim,bihun,mee,dan koew teow sup, dan antara acara lain yang diadakan ialah panggung wayang gambar, kolam memancing,menunggang kuda,menaiki kereta kuda , dan juga permainan untuk kanak-kanak belon besar.


Selain itu terdapat juga agensi kerajaan yang turut serta antaranya pihak BOMBA, Kesihatan,AADK, dan juga PUZ.

Semua agensi-agensi ini datang mempamerkan poster,dan juga gambar-gamabr serta memberikan khidmat percuma.

Majlis berakhir jam 3 petang apabila acara terakhir iaitu pangung wayang gambar dengan cerita terakhirnya HOUSE filem seram dari negara Siam yang menarik minat murid menontonnnya.

Monday, October 5, 2009

SKM DITEMPAT KE 3 BATTLE OF THE BRAIN ANJURAN TM NET


Adik Fahmi dan Nik Zaim menerima hadiah dari Guru Besar SK Taman Merak dan juga di saksikan oleh Pengerusi PIBG dan juga maskot Tmnet Blue Hyppo.



Mendengar Penerangan dan mendaftar.Pn Aina selaku fasilitator komputer SK Mengkuang turut serta mengiringi murid ke karnivel berkenaan.


2 murid sekolah adik Naim dan juga adik Aqil sedang menemuramah salah seorang crew Tm Net mengenai wireless dan peranannya


BUKIT MERTAJAM- 4 Oktober .Sk Mengkuang yang menyertai acara "Battle of the Brain" anjuran karnival TMnet di SK Taman Merak baru-baru ini(4 Okt 2009) telah berjaya ke peringkat akhir dan mendapat tempat ke -3. Acara yang di sertai adik Fahmi dan adik nik Zaim
ini turut disertai 6 buah sekolah lain.

Karnivel yang diadakan turut disertai oleh egensi kerajaan lain iaitu jabatan Bomba,AADK,kesihatan dan juga pihak polis ini dimeriahkan lagi dengan acara jualan makanan dan juga tawaran istimewa yang dibuat oleh pihak TmNet.

Acara yang bermula sejak jam 8.00 lagi berakhir hingga jam 5 petang ini di akhiri dengan acara penyampaian hadiah oleh Guru Besar SK Taman Merak ,iaitu En Goh dan juga pihak Tmnet.




Friday, October 2, 2009

LDP KALI TERAKHIR UNTUK GURU-GURU




SK MENGKUANG-LDP sekolah kali terakhir ini membincangkan menganai perintah Am Bab C terutamanya mengenai cuti yang selayaknya di miliki oleh kakitangan kerajaan dan juga guru-guru sekolah.Ianya disampaikan oleh Ketua Pegawai Tadbir sekolah Pn lily.
Ianya adalah keperluan guru-guru dan ini adalah perlu bagi guru-guru memahaminya.

I. Diluluskan oleh Ketua Jabatan atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.

n30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak lebih daripada 360 hari.
nTujuan Cuti
- Urusan sendiri di dalam Malaysia
* telah berkhidmat lebih daripada 6 bulan dan telah habis semua cuti rehatnya.
- Urusan sendiri di luar Malaysia
* mempunyai perkhidmatan terus menerus tidak kurang daripada 6 bulan dan telah habis semua cuti rehatnya

Cuti Tanpa Gaji bagi Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Mereka Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negeri

Tujuan :
Membolehkan pasangan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas/pengajian
Masyarakat Penyayang
Kelayakan :
(i)Dilantik atau dilulus bertukar/berkursus
(ii)Pegawai Kerajaan/Perbadanan Awam Syarikat Swasta; atau dianugerah bantuan kewangan oleh Kerajaan untuk berkursus
(iii)Kepentingan berada bersama pasangan dalam menjalankan tugas.


Perintah Am Bab C

- [ Translate this page ]
23 Jun 2008 ... PERINTAH AM BAB C CUTI 1 TAFSIRAN Sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak ...
www.scribd.com/doc/3560705/Perintah-Am-Bab-C - Cached - Similar


Thursday, October 1, 2009

MURID PRIHATIN MEMBERSIHKAN MAKMAL



SK MENGKUANG-Murid-murid prihatin membersihkan makmal sekolah kebangsaan Mengkuang dengan membersihkan makmal untuk kelihatan lebih ceria dan boleh digunakan oleh murid-murid lain.

Sikap dan contoh teladan ini harus di kongsi dan dihayati bersama murid lain yang turut sama masuk ke makmal ini kerana, jika sekitarnya bersih,maka sudah tentulah kebersihan tadi akan menjadikan kita lebih selesa untuk belajar didalamnya.

NAMA SEKOLAH DI AKHBAR SINAR



SK MENGKUANG-Nama sekolah kebangsaan Mengkuang muncul dalam akhbar Sinar. Ianya menceritakan mengenai kekuatan P&P luar kelas dimana di muatkan juga komen dari GB Sekolah Kebangsaan Mengkuang.

Setakat ini sudah 5 kali nama Sekolah KebangsaanMengkuang muncul dalam akhbar tersebut dan ini amat membanggakan semua warga pendidik sekolah.