Wednesday, July 29, 2009

H1N1 MEMBIMBANGKAN

Dua buah institusi pengajian tinggi (IPT), sebuah kampus pengajian dan sebuah sekolah ditutup hari ini dan semalam selepas
beberapa pelajar mereka dikesan terkena jangkitan seperti influenza (ILI).

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin (A) di Bukit Mertajam, diarahkan ditutup selama tujuh hari mulai hari ini manakala Kolej Yayasan Profesional Mara (KYM) Pahang di Kuantan diarahkan tutup seminggu bermula semalam.

Kementerian Kesihatan mengarahkan kampus UPSI ditutup sehingga 3 Ogos dan 14,000 pelajar UPSI diarahkan pulang selepas 435 pelajar dilaporkan dijangkiti ILI sejak petang semalam. Hanya kira-kira 4,000 pelajar mendiami asrama di kampus UPSI manakala selebihnya tinggal di luar.

Di IPOH, jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Kesihatan Negeri Perak berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh dari Pejabat Kesihatan Daerah bagi mendapatkan maklumat bilangan penuntut UPSI yang terlibat dan pertambahan kes jika ada.

"Sehingga kini, kita masih menyiasat sampel darah yang diambil daripada penuntut terbabit bagi mengesahkan sama ada positif influenza A (H1N1)," katanya kepada Bernama.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kesemua penuntut yang dijangkiti ILI sebelum ini telah dikuarantin di sebuah blok sebelum arahan penutupan kampus dikeluarkan.

Minggu lalu, semua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Seri Iskandar telah diarah tutup selama seminggu selepas 10 sampel darah pelajar yang dijangkiti ILI disah H1N1.

Penularan virus ILI


Di PULAU PINANG, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Pooh berkata arahan penutupan serta-merta Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin (A) dan kampus kejuruteraan USM itu adalah bagi mengelak berlaku penularan virus ILI kepada pelajar lain.

"Langkah segera diambil selepas sejumlah pelajar di sekolah berkenaan dan USM dikesan dijangkiti virus seperti influenza atau ILI kerana Kementerian Kesihatan tidak mahu penyakit itu merebak kepada pelajar lain," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang dengan perkara ini kerana semua langkah pencegahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah diambil.

"Walaupun semakin banyak sekolah dan pusat pengajian di negeri ini ditutup ekoran wabak itu, keadaan penularan penyakit berkenaan terkawal kerana Jabatan Kesihatan telah mengambil pelbagai langkah segera," katanya.

Phee turut menasihatkan mereka yang dijangkiti penyakit berkenaan supaya berdisplin dan mematuhi arahan kuarantin yang ditetapkan Jabatan Kesihatan.

Sementara itu, Timbalan Pendaftar USM Mohamad Abdullah menerusi satu kenyataan media di sini berkata USM terpaksa menutup pusat pengajian kejuruteraan berkenaan selepas 20 pelajarnya dikesan dijangkiti penyakit ILI.

Katanya hanya aktiviti akademik serta kuliah ditangguhkan dan ia akan dijadualkan semula nanti.

"Aktiviti lain akan berjalan seperti biasa," katanya.

KYPM Pahang ditutup seminggu

Di KUANTAN pula, KYPM Pahang ditutup selama seminggu bermula semalam selepas empat pelajarnya disahkan positif influenza A (H1N1).

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar KYPM Naimah Abdul Muttalib berkata pihak pengurusan kolej juga telah mengarahkan supaya semua 1,043 pelajarnya pulang ke kediaman masing-masing.

"Seramai 91 pelajar dikuarantin bermula Jumaat lepas atas arahan Jabatan Kesihatan selepas mengadu demam dan tidak sihat. Selepas melakukan pemeriksaan, seramai 10 orang disyaki H1N1 sebelum mendapati empat orang daripada mereka sah positif H1N1 semalam.

"Semua pelajar juga diarahkan supaya tidak pulang ke rumah dengan menaiki kenderaan awam dan mereka mesti dijemput keluarga masing-masing," katanya kepada pemberita hari ini.

Mereka juga perlu mengikut arahan keselamatan yang ditetapkan supaya tidak menjangkiti ahli keluarga mereka ketika di rumah, katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Naib-naib Canselor/Rektor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak pula menasihatkan ibu bapa yang anak-anak mereka menghadapi masalah kesihatan terutamanya berkaitan dengan virus influenza A (H1N1) di kampus-kampus IPTA digalakkan mengambil sendiri anak-anak mereka.

Ini kerana dengan membiarkan pelajar menggunakan pengangkutan awam akan mendedahkan mereka kepada orang lain serta meningkatkan penularan dan risiko jangkinan wabak berkenaan, katanya.

Minta keluarga ambil anak


"Jawatankuasa Naib-Naib Canselor dan Rektor IPTA yang bersidang di Universiti Malaysia Kelantan pagi ini menyeru ibu bapa yang anak-anak mereka menghadapi masalah kesihatan terutamanya berkaitan dengan jangkitan selesema H1N1 supaya dapat mengambil sendiri anak mereka.

" Bagi pelajar yang menuntut di Sabah dan Sarawak, mereka akan dibantu oleh pihak IPTA masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dzulkifli yang juga Naib Canselor USM berkata mereka yang terpaksa berada di dalam kampus akan dibantu dengan sewajarnya oleh pihak universiti.

"Semua universiti dengan kerjasama agensi-agensi yang terlibat khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menangani hal tersebut," katanya.

Dzulkifli berkata para pelajar pula perlu bekerjasama membuat pemeriksaan di klinik-klinik universiti atau pusat kesihatan berhampiran jika mempunyai simptom terutamanya apabila demam yang tinggi dan berterusan.

Katanya universiti akan melakukan apa sahaja untuk menanganinya namun perlu ditegaskan, bagi kampus-kampus yang terlibat hanya aktiviti akademik yang ditangguhkan seketika manakala urusan-urusan lain universiti berjalan seperti biasa.

Kem PLKN ditutup

"Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan untuk menghubungi universiti jika perlu dan jangan mempercayai khabar angin," katanya.

Sementara idi JOHOR BAHRU, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita an Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor Dr Robia Kosai berkata enam institusi pengajian tinggi dan satu kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) i negeri itu ditutup seminggu sejak semalam bagi mencegah penularan H1N1.

Dr Robia berkata institusi yang ditutup itu adalah Institut Latihan
Perindustrian (ILP) Ledang, ILP Mersing, ILP Pasir Gudang, Kolej Radiografi ohor Baharu, Institut Kemahiran Mara (IKM) Larkin dan Politeknik Johor Bahru erta PLKN Sekakap, Mersing.

"Prosedur menutup sementara semua institusi dan kem PLKN sehingga 4 Ogos ini dalah prosedur biasa sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Katanya notis mengenai penutupan semua institusi itu sudah ditampal dan iedarkan manakala semua pelatih institut itu juga sudah dibenarkan pulang ke umah masing-masing.

Di KUCHING, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan dan Sekolah enengah Kebangsaan Bako Kuching diarahkan ditutup selama seminggu bermula hari ni selepas beberapa pelajar di kedua-dua tempat disyaki dijangkiti influenza A (H1N1) hari ini.

Semalam, Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hua Miri menjadi sekolah pertama di bahagian itu yang diarahkan ditutup selama seminggu selepas seorang pelajar lelaki dimasukkan ke Hospital Miri berikutan simptom seperti selesema.

UPSR, PMR, SPM, STPM diteruskan

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata semua peperiksaan kebangsaan - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak akan ditangguhkan walaupun jangkitan Influenza A(H1N1) semakin membimbangkan.

Katanya, peperiksaan itu terutamanya UPSR September ini, akan tetap diteruskan dan mungkin dilakukan di hospital jika perlu.

"Peperiksaan-peperiksaan ini berpusat, maka kita tidak boleh tukar tarikh sewenang-wenangnya. Antara pilihan yang kita ada ialah melakukan peperiksaan di hospital untuk calon yang sedang dirawat atau melakukannya di sekolah masing-masing tanpa kehadiran pelajar lain yang bukan calon peperiksaan," katanya kepada Bernama.

Alimuddin berkata pihaknya akan mengadakan satu perbincangan dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara mengenai kaedah terbaik menjalankan kesemua peperiksaan itu dalam masa terdekat.

Sebanyak 10 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah ditutup kurang daripada seminggu akibat penularan penyakit itu. Setakat ini, terdapat empat kematian akibat penyakit itu.

Alimuddin juga berkata alat seperti topeng mulut dan hidung serta cecair nyahkuman akan diedar ke semua sekolah tidak lama lagi bagi mencegah penularan virus itu.

UPSR akan diadakan dari 8 hingga 10 September, PMR dari 7 hingga 9 Oktober dan SPM dari 19 November hingga 16 Disember.

Berita Terkini dalam SMS

STATUS TERKINI H1N1 DI SEKOLAH-DARI KPM

Status Terkini H1N1 Di Sekolah ( 28 Julai 2009, 10.00pg )

Sila muat turun fail berikut.
Muat turun
STATUS TERKINI H1N1 DI SEKOLAH ( 28 Julai 2009, 10.00pg )

Tuesday, July 28, 2009

P&P DI LUAR KELAS





Guru-guru pelatih IPTB sedang melakukan aktiviti P&P di luar bilik kelas.manakala En Ismail menilai mereka berdasarkan teknik P&P...



Pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah kini di dapati dapat mengurangkan tahap kebosanan murid apabila sentiasa sahaja berada dalam kelas untuk mengikuti pelajaran.

Teknik P&P diluar adakalanya dapat membantu murid memahami situasi sebenar jika ianya melibatkan aktiviti pendidikan science misalnya.

H1N1: MURID SKM YANG TINGGGAL DI IKBN DAN INSTITUT PERGURUAN TUNKU BAINON DIARAH PULANG DAN DIKUARANTIN


Pagi ini hampir 15 murid dari IKBN dan juga Institut Perguruan Tunku Bainon yang belajar di SKM di arah pulang kerana bimbang akan penularan wabak H1N1.

Ini berikutan beberapa pelatih dari kedua-dua institusi pengajian tersebut disahkan dijangkiti virus terbabit.Pagi tadi satu mesyuarat di adakan dimana pihak sekolah mengambil keputusan agar murid-murid dari kedua-dua institusi pengajian yang bersekolah di SKM di kuarantin di kawasan rumah masing-masing.

Sehingga kini belum ada murid-murid yang dijangkiti.Bimbang akan penularannya, maka tindakan atas nasihat PPD Tengah mengarahkan agar murid berkenaan sahaja di benarkan pulang.

PENANTI: BULAN KECERGASAN SEKOLAH








Sekolah Kebangsaan Mengkuang hari ini meneruskan bulan kecergasan warga sekolah apabila satu senaman pagi beramai-ramai di anjurkan pagi tadi.Murid-murid sekolah merasa seronok apabila program seumpama ini dijalankan.


Guru yang menjadi jurulatih ialah Cik Shima dan juga Pn Rafidah Manaf, dimana mereka berdua menjadi konduktor dalam senam robik pagi tadi.Murid sihat dan guru sihat.

Sunday, July 26, 2009

GURU OH GURU. KENAPA NASIB MU BEGINI????ATAU KERANA KURANG BIJAK BERTINDAK????


Email Oleh : Naninu Sakun

Adakah guru yang tiada berjawatan ataupun senang dipanggil guru biasa akan selamat ketika menjalankan tugas? Fenomena inilah yang selalu bermain di jiwa seorang guru. Rutin guru yang sudah berkeluarga, pagi bangun seawal jam 5 pagi menguruskan diri dan keluarga serta tanggungjawab sebagai seorang Islam melakukan solat subuh. Sesudah itu bersiap menghantar anak-anak ke sekolah dan terus ke sekolah untuk bertugas.Di sekolah mulalah sibuk mengajar hingga jam 2 petang termasuk kelas tambahan. Kadang-kadang berlanjutan ke jam 3 petang kerana mesyuarat.

Anak-anak guru di sekolah? Adakah guru biasa selamat? Itu baru sikit pengorbanan seorang guru biasa yang terpaksa berkorban demi untuk mendidik anak-anak Malaysia menjadi orang berguna. Persoalannya jika berlanjutan ke 5 petang kerja di sekolah, anak-anak guru macamana? Rasanya guru terpaksa berkorban walau anak-anak dia belum tentu selamat. Perkara ini bukan jadi omongan kosong tapi saya membawanya untuk kita memikirkan betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang guru biasa.

Sekarang hari cuti seperti Sabtu, jiwa seorang guru jadi terganggu. Kenapa? Ladap yang terpaksa di hadapi selama 7 hari. Mungkin yang bukan guru berkata 7 hari dalam setahun bukannya susah, tapi bila tolak campur dengan aktiviti-aktiviti sekolah yang mula melampau seperti motivasilah, khemah ibadat, rakan muda, program rakan sebaya, rombongan sekolah, hari anugerahlah dan bermacam-macam lagi. Adakah guru biasa selamat? Justeru tidak hairanlah mengikut kajian yang dibuat baru-baru ini banyak guru yang menjadi gila atau mengalami simpton kemurungan. Yang hairannya kerani-kerani sekolah, pembantu tadbir kerja hari Isnin hingga hari Jumaat sahaja. Sabtu dan Ahad bolehlah dengan keluarga mereka tapi guru? Dahlah bebanan buku stok juga dibebankan kepada guru. Adakah guru biasa selamat?

Ibu Bapa pelajar senantiasa perhati sahaja tindakan guru-guru. Jumpa sahaja kesalahan walaupun sikit melenting hingga ke pejabat pelajaran. Pegawai-pegawai ppd pun turunlah menyiasat dan kadang-kadang menghukum tanpa usul periksa. Pernah 1 kes yang saya jumpa, seorang guru tidak mahu bawa pelajar-pelajar ke majlis sukan sekolah lain kerana ibu bapa pelajar masih tidak beri surat keizinan. Guru Besar melenting sebab guru tersebut engkar. Bila diteliti memang patut guru tersebut tidak berbuat demikian kerana kalau terjadi sesuatu yang buruk, pasti Guru Besar akan lepas tangan punya. PPD apatah lagi.Tahu apa jadi pada guru tersebut? Beliau dipindahkan jauh ke pedalaman atas alasan guru besar kepada ppd bahawa guru tersebut tidak memberi kerjasama dan engkar perintah. Yang PPD pun tak menyiasat terus jalankan hukuman. Adakah guru biasa selamat? Tapi kalau guru besar yang kena tangkap khalwat, apa PPD buat, TUTUP KES..........Bukan cerita tipu 1 Taiping dah tahu..........

Kisah seterusnya berlaku pada isteri saya pula. Cuba 1 Malaysia bayangkan, seorang pengetua buat mesyuarat di bulan puasa bermula jam 2.30 petang habis jam 6 petang. Patutkah perkara ini? Pengetua memanglah ada kuasa, tapi dia tidak sedarkah tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Alasannya keluarga nombor 2. Memanglah boleh dia kata begitu sebab kahwinpun tidak umur dah 50 lebih. Adakah guru biasa selamat? Itu tragedi pertama yang berlaku kepada isteri saya, tragedi yang kedua lagi teruk. Isteri saya sudah banyak kali keguguran. Memang susah untuk lekat sebab menurut doktor rahim kurang kuat. Berusahalah saya dan isteri mendapat rawatan di hospital swasta. Alhamdulillah isteri saya mengandung, dan saya menjaga isteri saya sebaik mungkin takut keguguran lagi dan bila kandungan mencecah 4 bulan ada 1 peristiwa sedih berlaku lagi. Sepatutnya isteri saya mendapat rawatan di hospital kerajaan sebelah petang kerana pagi sekolah, namun pada hari berkenaan ada mesyuarat dibuat oleh pengetua tersebut lagi. Isteri saya telah berjumpa dengan pengetua tersebut memohon keizinan untuk pelepasan. Tahu apa pengetua tersebut kata, cikgu wajib hadir ke mesyuarat. Takpe nanti saya suruh cikgu lain hantar cikgu ke klinik tersebut mendapat rawatan disebelah pagi dan balik nanti cikgu naiklah bas ataupun teksi. Menangis isteri saya diklinik waktu menghubungi saya bila ditinggalkan di klinik tersebut. Apakah perasaan anda wahai pembaca 1 Malaysia? Adakah guru biasa selamat? ..............Dengarnya pengetua tersebut dah mengajar di daerah Kuala Kangsar pula......... Wahai pembaca, setiap apa yang saya paparkan di atas bukannya hendak menakutkan orang dari menjadi guru. Apa yang saya luahkan ini untuk mengingatkan pentadbir-pentadbir agar lebih berperasaan. Semoga guru biasa tidak terus terkorban...............

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Friday, July 24, 2009

LDP KE 5-PROTOKOL DAN JUGA KOKURIKULUM



EN ANNUAR MANTAN PK KOKU YANG TELAH BERPINDAH KE SK MACHANG BUBUK.BELIAU HANYA SEMPAT DI SK MENGKUANG SELAMA 6 BULAN.BELIAU DIJEMPUT UNTUK MEMBERI CERAMAH BERHUBUNG DENGAN PROTOKOL DAN KO-KURIKULUM




GURU-GURU TEKUN MENDENGAR CERAMAH YANG TIDAK MENJEMUKAN.


EN ANNUAR SEDANG MENERANGKAN SESUATU BERKENAAN DENGAN PAKAIAN.


PN. ZAITON GB SKM MENYAMPAIKAN CEDERAHATI KEPADA EN ANUAR

KES 29/41- LALUAN KERJAYA BAGI GURU







Laluan kerjaya bagi guru teah di jalankan di Komplek Tabung Haji Bayan Lepas Pulau Pinang.Ianya di hadiri oleh Guru Besar, Para Pegawai, dan juga wakil guru bagi semua sekoah dio Pulau Pinang.


Salah satu ulasan yang diberikan tumpuan oleh kebanyakkan guru ialah berhubung dengnan kes 29/41:


1. Tuntutan kenaikan gaji adalah tidak akan berlaku.
2. Jika DG32 tidak melanjutkan pelajaran , bermakna tangga gaji mereka sampai disitu sahaja.
3.Bagi DG41(X29 yang tidak ke 32) telah diberikan 1 HPG dan mengambil kira sistem 7-3. Iaitiu bagi 3 tahun sekolah rendah(DG29) akan diberi satu tahun DG(41).Ini bermakna 7 tahun ditangga 41 dan selebihnya adalah 3 tahun, yang tetap membawa 10 tahun.
4.Bagi siswazah guru tetap perlu cukup tempoh 10 tahun untuk mendapat KUP 44.
5. Lulus PTK.
6. peluang untuk GB dengan menunggu kelulusan dari JPA tangga gaji DG36.iaitu satu tangga gaji sebelum ke 38.
7. GB mendapat banyak faedah-3 tahun DG41 akan ke KUP DG44.Begitu juga GB dari 34 akan diluluskan (dalam pertimbangan JPA) DG36 sebelum ke gred DG38.

file:///D:/Downloads/LaluanKerjayaPPP.zip

Thursday, July 23, 2009

PERMATANG PAUH: PROGRAM ISRAK MIKRAJ DI SEKOLAH KEBANGSAAN MENGKUANG





KETUA PANITIA AGAMA ISLAM SKM PN AZIZAH CHE MAT MENGIRINGI PK1 PN CHE ZAINI MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PENCERAMAH IAITU USTAZ MUZANI DAN JUGA USTAZAH HIDAYATI.

Sk Mengkuang 24 Julai- Program Israk Mikraj yang dijalankan di sekolah hari ini.

ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.


Umat Islam wajip mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu.

Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.


Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah.




Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.




“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra':1)




Tetapi bagaimana bagi mereka yang sangsi atau tidak mempercayainya langsung, malah menganggap ia satu kisah dogeng, seperti golongan yang kufur dengan nikmat Allah?




Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam pertama sekali kena percaya Allah itu Maha Berkuasa.




“Jadi, Allah boleh melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Perjalanan Nabi melalui peristiwa itu juga bukan atas kehendak nabi tetapi dengan kehendak Allah SWT,” .




Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi.




Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.”




Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.




Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s. dilahirkan).




Dalam perjalanan itu juga Baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Afrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.




Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.




Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).




Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.

Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.

Menurut Ustaz Fairus, memang kejadian Israk dan Mikraj itu aneh tetapi semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka.


Bagi yang mengerti, katanya, kebenaran peristiwa itu tidak perlu dipersoalkan kerana maksud Maha Suci Allah seperti pada ayat 1 surah al-Isra' menunjukkan kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

“Dia yang menjalankan dengan kehendak-Nya, maksudnya Allah yang menjalankan dengan kehendak Allah.


“Malah, semua makhluk berjalan dengan kehendak Allah. Misalnya, hujan turun dengan kehendak Allah, perjalanan matahari mengikut peredaran yang tertib juga dengan kehendak Allah.

“Perkara ini harus difikirkan secara terbuka, iaitu dengan tujuan mahu mencari kebenaran, bukannya menutup kebenaran. Semua kena yakin Allah Maha Berkuasa. Jika awal-awal lagi tidak mahu percaya memang susahlah,” .


Dalam hal ini beliau mengadakan satu perumpamaan, jika Allah mahu seekor semut berjalan dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam tempoh 10 jam, memanglah kelihatan pelik dan sukar diterima.


“Tetapi dari segi akal sebenarnya boleh diterima, sebab mungkin ia menaiki kapal terbang atau memasuki saku baju penumpang.

“Sebab itu ada ayat dalam al-Quran yang bermaksud Maha Suci Allah iaitu merujuk kepada kekuasaan Allah.

“Supaya Allah perlihatkan tanda-tanda kebesaranNya, benda-benda zaman dulu tidak boleh lihat, tetapi Nabi boleh lihat, termasuk dengan roh Nabi.

“Batu di Masjidil Aqsa juga terangkat kerana hendak mengikut bersama Rasulullah s.a.w ke langit disebabkan sayang dan tidak hendak berpisah dengan Nabi. Itu adalah tanda kebenaran yang sangat jelas.


“Sesiapa saja boleh ke Baitul Maqdis melihat batu terbabit yang masih boleh dilihat dengan jelas hari ini,”.

Ahli Jawatankuasa Kecil


Hadiah:


Cik Aznira bt Yaacob

Cik Mastura bt Omar

Pengacara Majlis:

En Mohd Azrul Hisham bin Saad

Persiapan tempat:


Pn Rozita bt Jamaludin


Pn Azma bt Mamat


PA Sistem & Siaraya :

En Nasruddin bin Abd Rashid

Buku Program:

Pn Shahrul Mardhiah M.Salleh

Pn Azma bt Mamat


Dokumentasi:


En Mohd Azrul Hisham bin Saad


Cik Mastura bt Omar

Ceramah & Kuiz :


En.Ahmad Muzani b Abdul Jalil

En.Muhd Fairus bin Abd Rahman


Cik Nurul Hidayati

Tuesday, July 21, 2009

SK MENGKUANG -KELAB KOMPUTER SEKOLAH .MURID DIAJAR MEMBUAT EMAIL.


SK MENGKUANG- Pada setiap hari Rabu di adakan koko bagi semua pelajar Sk Mengkuang.Minggu ini kelab komputer telah dijalan di makmal dimana murid sekolah di ajar untuk membuat email .Hari ini kelab komputer sekolah melalui guru pelatih telahmenjalakn sessi mengajart murid-murid untuk membuat email di mana En Muizzuddin dan En Ahmad Izzudin sebagai fasilitator.





Kelab komputer mempunyai seramai 32 murid dan sehingga kini telah mengukuti latihan di GMTI dan juga dari guru-guru pelatih yang berkebolehan untuk mengajar komputer dari Kampus Induk IPTB.(Institut Perguruan Tunku Bainon)

IPTB adalah berjiranan dengan SK Mengkuang.

PERMATANG PAUH-SK MENGKUANG MELANCARKAN BULAN KECERGASAN



SK MENGKUANG -Program bulan kecergasan peringkat sekolah telah di lancarkan pada Isnin 20 Julai Baru-baru ini.Dalam ucapan yang di sampaikan oleh Guru Besart, Pn Zaiton Yahaya, beliau menjelaskan bahawa kecergasan adalah penting buat semua kaum guru untuk bekerja dalam keadaan sihat dan tidak menghadapi tekanan sewaktu bertugas.

Beliau juga menasihatkan murid-murid agar membawa air minuman bagi mengekalkan kandungan air yang cukup dalam badan.




Murid-murid SK Mengkuang melakukan senam robik bersama-sama guru-guru dalam acara yang dijalankan pada pagi ini.







Cikgu Cik Kenangan dan Cikgu Cik Fatma Sari menjadi juru senam robik pada pagi ini untuk kekal sihat




PK1 Pn Cik Zaini dengan gaya yang tersendiri mengikuti senamrobik...........

Thursday, July 16, 2009

SK MENGKUANG : SEKITAR SAMBUTAN DAN MAJLIS PERSARAAN PN HAJAH ROSAIDAH BT YUSOF 1975-2009



PALUAN KOMPANG DARI MURID-MURID MENGIRINGI PERJALANAN PN ROSAIDAH UNTUK MENGUCAPKAN SALAM PERPISAHAN DAN BERTEMU MURID-MURID SEKOLAH.JASAMU TETAP DIKENANG.BUDIMU TETAP DI INGAT .PERSAHABATANMU TETAP MENJADI INAGATAN KEKAL ABADI.....SALAM PERPISAHAN DARI SEMUA GURU-GURU.







MURID-MURID SEKOLAH BERBARIS UNTUK BERSALAMAN DENGAN GURU BAHASA INGGERIS YANG BERPENGALAMAN YANG AKAN MENINGGALKAN SEKOLAH, DIMANA SELAMA 16 TAHUN PN HJH ROSAIDAH MENGAJAR DI SINI.





BERGERAK DENGAN DIIRINGAN GURU BESAR DAN GURU-GURU SEMUA,MAJLIS PERPISAHAN INI SUNGGUH SAYU APABILA GURU YANG LAMA BERKHIDMAT DI SEKOLAH INI MENINGGALKAN ALAM PENDIDIKAN




SAYU :HARI-HARI TERAKHIR SEORANG PENDIDIK YANG DEDIKASI.WALAU GENAP 31 TAHUN BELIAU BERTUGAS.PN HJH ROSAIDAH YUSOF TETAP MENJALANKAN KEWAJIPAN BELIAU.




KEK KHAS UNTUK MENYAMBUT HARI JADI YANG KE 55 KHAS BUAT PN ROSAIDAH.PN RAFIDAH MANAF MENYALAKAN LILIN UNTUK BELIAU...




SATU MAJLIS JAMUAN MAKAN TELAH DI ATUR SEBAGAI MERAIKAN PERSARAAN BELIAU HARI INI 16.07.2009 DIMANA DIHADIRI OLEH SEMUA KAKITANGAN YANG BERTUGAS BERSAMA-SAMA.JASAMU DIKENANG....................





PN ROHAIDAH DAN USTAZAH MARZITA (KIRI) PN SARA DAN KAK ANI SERTA ADIK-ADIK MAKTAB PERGURUAN TUNKU BAINUN.






YDP EN RAZAK DAN JUGA CIK KENANGA SERTA PN HALIZA










CIK KENANGA MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BEGITU MENYAYAT HATI: "DIMANA KAN KUCARI GANTI"









EN BASRI MENYAMPAIKAN SEBUAH SAJAK DARI USMAN AWANG






SK MENGKUANG-Majlis yang penuh dengan peristiwa sayu menyelubungi majlis perpisahan apabila salah seorang warga pendidik SKM telah bersara setelah mencurahkan bakti selama hampir 31 tahun sebagai seorang pendidik.Beliau yang memulakan kerjaya sebagai pendidk memasuki alam perguruan di Institut Bahasa Kuala Lumpur pada tahun 1975 kemudiannya bertugas di beberapa sekolah sebelum menamatkan alam perguruan sebagai seorang pendidik yang berdedikasi.






Pn Hajah Rosaidah yang telah bersara pada hari ini meninggalkan kenangan apabila beliau yang telah 16 tahun berkhidmat di sekolah kebangsaan mengkuang kini , dan merupakan sekolah ke 6 bagi beliau dan perpisahan ini adalah perpisahan yang sudah tentulah meninggalkan satu kenangan kepada guru-guru yang pernah berkawan dan mengenali beliau sebagai seorang guru bahasa Inggeris yang gigih mendidik murid-murid Sekolah Kebangsaan Mengkuang.