Wednesday, May 27, 2009

SAMBUTAN HARI GURU 2009-GURU PEMBINA NEGARA BANGSA




Sekolah kebangsaan mengkuang telah menyambut hari guru tahun 2009 pada tahun ini pada tanggal 25hb Mei.Ianya di mulakan dengan diarah dengan paluan kompang yang di latih oleh Cikgu Mazidah.Perarakan ini keudiannya di sambut oleh anak-anak murid yang menunggu di dataran perhimpunan.






Selepas nyanyian lagu negaraku, lagu guru , Cikgu Haslina menyampaikan sebuah sajak hari guru sebagai sebahagian dari aturcara hari guru.





Murid menghadiahkan kepada guru sebuah lagu sebagai sebahagian acara yang tidak dirancang.Cikgu Rafidah menyampaikan sekuntum bunga sebagai tanda hadiah kerana menyampaikan hadiah kepada guru.



Murid-murid menyampaikan hadiah kepada guru -gru sebagai menghargai jasa guru kepada mereka.






Ini pula pameran bag tangan guru-guru.Hai mahai-mahai belaka ni........







Acara sukan yang di atur antara guru-guru dan murid-murid.







Monday, May 25, 2009

SK MENGKUANG LAKUKAN PROGRAM MOTIVASI DAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFOM


Latihan di pantai





Membuat latihan dan sukan di pantai.


Latihan dalam kumpulan dan memasang khemah


jungle tracking dari pusat kajian samudra pantai ke monkey bay mengambil masa 50 minit.





Dewan taklimat yang canggih yang biasanya digunakan oleh para ahli sains untuk bersidang dan bermesyuarat



Seramai 70 orang murid SKM telah mengikuti program motivasi dan perkhemahan di Pusat Kajian Samudra dan Pantai Muka Head USM P.Pinang.Program tersebut diadakan pada 22,23 dan 24 Mei 2009. Sek.Keb.Mengkuang merupakan sekolah rendah kedua di Malaysia menginap dan menjalani aktiviti di pusat ini. Untuk sampai ke tempat ini peserta-peserta terpaksa berjalan kaki sejauh hampir 1 km dari Teluk Bahang. Meraka mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke tempat ini. Hanya ada 2 pilihan sahaja untuk sampai ke pusat ini iaitu samada berjalan kaki atau menaiki bot.Walaupun jarak berjalan kaki nampaknya dekat namun mereka terpaksa meredah denai-denai yang berbukit bukau di mana amat memenatkan. Selepas menikmati minum petang murid-murid mendirikan khemah di sana. Aktiviti ini dikendalikan oleh En.Faurani.

Guru-guru dan murid-murid diberi taklimat pada sebelah malamnya oleh En.Amerudin pegawai tadbir di situ. Selesai taklimat murid-mirid mengikuti program motivasi yang dikendalikan oleh Cikgu Basri. Hari kedua murid-murid mengikuti aktiviti jungle treking ke Monkey Bay. Murid mengambil masa 50 minit untuk sampai ke situ. Beberapa aktiviti di adakan di sana. Antaranya murid-murid belajar sembahyang di pantai yang di bimbing oleh Ustaz Azrul. Merrka juga belajar mengambil air sembahyang menggunakan air laut. Pada sebelah malamnya murid-murid mengadakan malam kebudayaan. Tiap-tiap kumpulan mempersembahkan sketsa masing-masing. Hari ketiga selepas perasmian penutup murid-murid bertolak pulang. Majlis penutupan ini dirasmikan oleh En.Azman pegawai dari Unit Kokurikulum dan Kebudayaan Seberang Perai Tengah.


Pintu hadapan pusat kajian sains samudera USM


Menaiki bot ke pantai Keracut tempat pemetasan telur penyu


Murid-murid melakukan latihan sembahyang dipantai.



Jeti di Telok Bahang



Pemandangan hutan yang indah dan pantai yang tenang mata memandang


murid -murid dan guru traking ke "monkey bay' kesan tapak kaki ketam.




Jeti pusat kajian samudra USM.murid-murid berjalan dari jeti ke pusat kajian samudra

Wednesday, May 20, 2009

PEPERIKSAAN BERMULA :PKSR 2




Hari ini peperiksaan telah bermula.Adik-adik kita dan anak-anak kita menduduki peperiksaan sebagai sebahagian dari ujian untuk menilai kebolehan murid-murid dari segi akademik.

PERHIMPUNAN PAGI-TEMA KEBERSIHAN




Perhimpunan pagi Isnin berjalan seperti biasa.Hari ini temanya ialah mengenai kebersihan dan seperti biasa 3 pengawas menaikkan tiga bendera iatu bendera Malaysia,Bendera negeri dan juga bendera sekolah.


Monday, May 18, 2009

SELAMAT HARI GURU 2009-LAGU TEMA GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

LAGI NUKILAN SAMBUTAN HARI GURU

Selamat Hari Guru diucapkan kepada para guru Malaysia yang telah melaksanakan tanggungjawab dalam mendidik generasi ummah.

Tahniah dan syabas buat kalian di atas kesungguhan dan kesabaran dalam mendukung visi dan misi murni menyampaikan ilmu.
Tema Hari Guru ke-38 'uru Pembina Negara Bangsa' menyerlahkan agenda membina tamadun negara melalui proses pendidikan yang menjadi nadi profesyen perguruan.


Cabaran guru masa kini berhadapan dengan masalah kebejatan sosial masyarakat yang bermula daripada institusi keluarga yang rosak. Apabila institusi keluarga sejahtera gagal dibentuk, maka pembinaan individu manusia menjadi tidak seimbang.


Ini mengakibatkan guru-guru terpaksa terlebih dahulu menangani 'masalah sikap' para pelajar sebelum meneruskan proses penyampaian ilmu dengan pelbagai medium dan kaedah bersesuaian.
Selain itu proses membentuk daya tahan dan membangunkan sistem imuniti melalui aspek penerapan 'akidah' dan kefahaman terhadap agama serta akhlak merupakan cabaran para guru. Ini adalah kerana dunia ledakan maklumat tanpa sempadan seringkali membuka ruang dan peluang untuk anasir-anasir negatif.


Guru-guru dengan wibawa yang tersendiri mampu melatih pelajar dalam mewujudkan daya saing yang ampuh bagi mendepani segala anasir dan unsur-unsur negatif yang berleluasa.
Segala cabaran kehidupan yang dipengaruhi aspek teknologi serta pengembangan ilmu pada hakikatnya akan mendatangkan kesan positif secara menyeluruh sekiranya pengarahan dan halatuju adalah berdasarkan konsep yang telus.


Sebagaimana Allah SWT menukilkan dalam surah al-'Asr yang bermaksud: "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
Sekali lagi ucapan penghargaan kepada para guru Malaysia di atas segala komitmen membentuk jatidiri masyarakat Malaysia.


Anjakan paradigma terhadap peranan mendidik masyarakat perlu dijadikan satu agenda pelaksanaan yang menyeluruh kepada semua warga Malaysia, agar agenda 'mendidik anak bangsa' tidak hanya diletakkan di bahu para guru semata-mata. -

Sunday, May 17, 2009

Usah gila pangkat, kuasa, kedudukan, pesan guruku

Usah gila pangkat, kuasa, kedudukan, pesan guruku

Oleh LanH

Dalam tersenggok-senggok ketika khutbah Jumaat hari ini (15 Mei), terdengar juga aku apa diutarakan khatib ?kewajipan menimba ilmu dan sambutan Hari Guru 16 Mei ini. Kalau tidak diingatkan tok khatib, aku pun tidak teringat Sabtu ini (16 Mei) adalah Hari Guru.

Orang rumahku seorang guru, jadi aku pun menelefonnya. Sahlah Sabtu ini adalah Hari Guru. Tetapi disebabkan Hari Guru jatuh pada Sabtu, kata isteriku, sambutannya akan diadakan pada Isnin, 18 Mei. Kepada isteriku dan semua guru diucapkan 'Selamat Hari Guru'.



Sebelum isteriku meletakkan telefonnya, sempat aku bertanya, tema sambutan tahun ini. Katanya, 'Guru Pembina Negara Bangsa'.

Khas untuk semua guru dan anak murid mereka, aku sertakan sajak 'Guru Oh Guru' nukilan SN Usman Awang (kini allahyarham, semoga Allah SWT memberkatinya).

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Sempena Hari Guru ini aku teringat pesanan salah seorang guruku yang sudah pun meninggal dunia. Katanya, dalam dunia ini janganlah tergila-gila mencari pangkat, kuasa, harta, kedudukan dan apa saja berkaitan kehebatan dunia.

Ini kerana jika kita ada 'benda-benda' ini, orang lain menunggu masa saja untuk mengambil atau merampas daripada kita. Sebagai contoh, jika kamu ada pangkat, ada orang mahukan pangkat kamu itu. Jika kamu ada kuasa, orang lain menunggu masa saja untuk mendapatkan kuasa kamu itu. Mungkin mereka akan terkata-kata, "bila dia nak pencen atau...supaya aku mengambil tempatnya."

Kemudian jika kamu berharta, orang lain pun mahukan harta kamu itu. Kamu berusaha keras (sehingga tidak memikirkan halal haram), tetapi akhirnya semuanya akan ditinggalkan. Jadi untuk apa kamu berusaha 'bagai nak gila' mendapatkan 'benda-benda' yang sentiasa dicemburui orang lain itu. Pencopet, perompak, penyamun, perasuah, pembohong; semuanya berusaha untuk mendapatkan harta kamu.

Katanya, carilah 'benda-benda' yang orang lain tidak boleh rampas daripada kamu. Carilah status 'hamba Allah' sebenar yang tidak mungkin orang lain merampasnya. Sebagai contoh siapa boleh rampas hubungan erat kamu dengan Allah yang boleh diperolehi dengan mengikut jalan ditunjukinya. Siapa boleh rampas solat kamu yang khusyuk, siapa boleh rampas zikir kamu atau ketenangan hati yang kamu miliki?

Pertingkatkanlah ilmu kerana tiada orang yang boleh merampasnya daripada kamu. Malah kalau kamu berkongsi (mengajar) ilmu, ia akan bertambah. Apabila ilmu dikeluarkan, ia akan menjadi semakin banyak, tidak seperti harta jika kamu keluarkan ia akan semakin habis.

Sayidina Ali k.w. yang disifatkan sebagai kunci ilmu kepada gedung ilmu (Rasulullah s.a.w.) mengingatkan, ilmu dapat menjaga kamu sedangkan kalau kamu ada harta, kamu yang akan menjadi hamba menjaganya.

Perkembangan semasa mengingatkan aku akan pesanan guruku itu. Hebat pesanannya kerana sekarang aku dapat saksikan perkara itu. Orang kini tanpa segan silu berebut-rebut mendapat kuasa, pangkat, kedudukan dan harta.

Mereka merebutkan kerusi Perdana Menteri, Menteri Besar, Speaker dan seterusnya. Aku menggeleng kepala melihat bagaimana seorang Speaker yang enggan meninggalkan kerusinya, diangkat bersama-sama kerusinya ke luar dewan Dun dan kemudian khabarnya dimasukkan ke dalam sebuah setor.

Benarlah pesanan guruku itu, janganlah kamu mengejar pangkat, kuasa dan harta; semua orang gila kepadanya. Sebaliknya sibukkanlah diri kamu mendapatkan pangkat di sisi-Nya dan itu tidak dapat dilakukan jika tidak berilmu. Jadi teruslah mencari ilmu. Hidup kamu akan lebih tenang kerana tiada siapa boleh merampasnya daripada kamu.

Kesimpulannya, sempena Hari Guru ini, dinasihatkan pada semua termasuk diri sendiri, carilah ilmu dan perkayakan diri dengannya kerana ia tidak boleh dicuri atau dirompak! Dengan memilikinya, insya-Allah kita akan selamat dunia akhirat.

TEMA HARI GURU

Setiap orang pasti tahu dan pernah melalui tarikh 16 Mei kerana pada tarikh tersebut sambutan Hari Guru akan diadakan. Tarikh 16 Mei ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tema Hari Guru


Saban tahun bila hari ini disambut pasti diiringi dengan tema yang bersesuai dengan suasana ketika itu.

Berikut disenaraikan Tema Hari Guru dari tahun 1972 sehingga 2009;

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Technorati Tags: , , , ,